Status Penglihatan Komuniti Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dari Penyaringan Penglihatan Klinik Optometri Bergerak Universiti Kebangsaan Malaysia

Haliza Binti Abdul Mutalib, Norliza Mohamad Fadzil, Bashirah Ishak, Mohd Norhafizun Mohd Saman

Abstract


Satu kajian deskriptif untuk menentukan status penglihatan satu sampel komuniti B40 di Kuala Lumpur dari program komuniti Klinik Optometri Bergerak (KOB), Universiti Kebangsaan Malaysia telah dijalankan pada Jun 2023 selama sehari yang dikendalikan oleh pelajar optometri tahun akhir seramai 35 orang dan diselia oleh optometris bertauliah dan pensyarah optometri Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejumlah 167 rekod peserta telah dikumpul dan dianalisa bagi menentukan status penglihatan. Antara dapatan yang menarik ialah 81.4%
dari peserta ini tidak pernah ataupun telah lebih dari 3 tahun tidak menjalani sebarang pemeriksaan penglihatan. Seterusnya 37 peserta diberikan cermin mata preskripsi untuk jauh dan dekat. Seramai 11 daripada 17 peserta
yang dirujuk ke hospital adalah untuk pemantauan katarak. Hasil dari kajian ini mempamerkan status penglihatan satu sampel populasi penduduk B40 di Kuala Lumpur yang peratusan rabun masih tinggi meskipun terdapat fasiliti kesihatan mata yang berdekatan. Kajian ini memberi indikasi keperluan program saringan penglihatan jangkauan komuniti bagi golongan B40 di Kuala Lumpur.


Keywords


eye screening; ocular health; strabismus; visual acuity; visual status

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161