Impak Densiti Payudara dalam Pengesanan Kanser Payudara

Norhashimah Mohd Norsuddin

Abstract


OBJEKTIF: Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kategori densiti payudara yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menyebabkan kanser payudara tidak dikesan atau disalah diagnosis. 

METODOLOGI: Kelulusan etika menjalankan penyelidikan telah diperolehi daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 495 kes mamografi telah dipilih dari Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua kes mamografi telah diasingkan kepada 4 kumpulan diagnosis iaitu negative benar, positif benar, positif palsu dan negatif palsu. Kemudian, setiap kes mamografi dibahagikan mengikut empat kategori densiti payudara BI-RADS (I, II, III, IV). Analisis kebarangkalian risiko (odd ratio) setiap kategori densiti payudara dengan keputusan positif palsu dan negatif palsu dilakukan dengan menggunakan ujian regresi logistik. 

HASIL KAJIAN: Kebarangkalian imej mamografi dalam kategori densiti BI-RAD IV didiagnosis sebagai positif palsu adalah emapt kali ganda berbanding imej mamografi dalam kategori densiti BI-RAD I (odd ratio [OR], 4.27; 95% CI,0.88- 20.67). Manakala, imej mamografi yang mempunyai densiti BI-RAD II dan BI-RAD III mempunyai hampir dua kali ganda kemungkinan didiagnosis sebagai negatif palsu berbanding wanita berdensiti BI-RAD I (odd ratio [OR], 1.59, 1.32; 95% CI, 0.29-8.77, 0.25-7.01). 

KESIMPULAN: Densiti payudara dalam mamografi mempengaruhi keputusan diagnosis pakar radiologi dalam pengesanan kanser payudara. Kes mamografi yang mempunyai densiti BI-RAD IV lebih cenderung disalah diagnosis. Manakala pengesanan kanser dalam payudara berdensiti BI-RAD II dan BI-RAD III lebih berisiko untuk tidak dikesan. Penelitian yang lebih perlu diberikan dalam mentafsir imej mamografi berdensiti BI-RAD II, III dan IV bagi mengelakkan kanser disalah diagnosis atau tidak dikesan di peringkat awal. Pengesanan awal kanser payudara dapat meningkatkan kemandirian pesakit kanser. 

 

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1901-12


Keywords


densiti payudara, mamografi, negatif palsu, positif palsu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161