Hubungan antara Hafazan al-Quran dan Kualiti Hidup Pelajar Tahfiz di Selangor, Malaysia

Santibuana Abd. Rahman, Ismarulyusda Ishak, Nor Malia Abd Warif, Farah Wahida Ibrahim, Normah Che Din, Dzalani Harun, Ahmad Rohi Ghazali, Sabri Mohamed

Abstract


Kajian terdahulu menunjukkan kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui amalan keagamaan dan kerohanian. Hafazan
al-Quran merupakan amalan keagamaan dan kerohanian yang memperkasa aspek mental dan fizikal. Namun, kajian
saintifik yang mengaitkan hafazan al-Quran dengan kualiti hidup masih terhad terutamanya dalam konteks pelajar
tahfiz. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hafazan al-Quran dengan kualiti hidup dalam
kalangan pelajar tahfiz di Selangor, Malaysia. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 116 pelajar dengan
pensampelan rawak berstrata dari tiga buah sekolah tahfiz di Selangor. Pelajar tahfiz dikategorikan kepada tiga tahap
hafazan berdasarkan jumlah juzuk yang telah dihafaz iaitu Tahap 1 (1-10 juzuk), Tahap 2 (11-20 juzuk) dan Tahap 3
(21-30 juzuk). Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data sosiodemografi dan borang soal selidik
Short Form-36 Quality of Life (SF-36) versi Bahasa Malaysia telah digunakan untuk menilai tahap kualiti hidup. Data
telah dianalisa menggunakan SPSS versi 23.0. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara
hafazan al-Quran dengan kesihatan fizikal (r = 0.300, p < 0.05) dan kesihatan mental (r = 0.194, p < 0.05). Ini jelas
menunjukkan bahawa semakin banyak pelajar menghafaz al-Quran semakin tinggi tahap kualiti hidup mereka. Faktor
yang mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal adalah jumlah muka surat hafazan. Kesimpulannya, hafazan al-Quran
berpotensi meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan mental dan fizikal pelajar tahfiz.

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2019-17SI-01


Keywords


Kualiti hidup; kesihatan mental; kesihatan fizikal; hafazan al-Quran; pelajar tahfiz

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161