Love Scam: Sejauh Manakah Undang-Undang melindungi Mangsa Love Scam di Malaysia?
Abstract
Kemajuan teknologi seperti Internet dan media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia teknologi maklumat kerana ia secara tidak langsung dapat membantu dalam menyediakan saluran komunikasi serta maklumat terkini kepada para pengguna di seluruh dunia. Di Malaysia, penggunaan teknologi, seperti telefon pintar dan komputer riba telah menyumbang kepada peningkatan penggunaan Internet dan media sosial dalam kalangan masyarakat. Walaupun terdapat kebaikan dari segi pembangunan teknologi maklumat selaras dengan arus permodenan zaman, namun, inovasi teknologi ini juga merupakan antara cabaran terbesar masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi, seperti Internet dan media sosial ini boleh membawa kemudaratan atau masalah kepada pengguna sama ada dari sudut sosial mahupun undang-undang. Antaranya, penggunaan teknologi dan media sosial telah menyumbang kepada gejala love scam (penipuan cinta siber) yang melibatkan golongan wanita, remaja dan juga golongan lain yang mudah terpengaruh. Perkembangan undang-undang perlu diukur untuk menilai sama ada undang-undang sedia ada dapat bertindak secara menyeluruh dalam melindungi mangsa penipuan cinta siber ini. Oleh hal yang demikian, artikel ini membincangkan takat undang-undang sedia ada dapat melindungi mangsa jenayah love scam ini dengan menilai sama ada undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk membanteras jenayah penipuan cinta siber ini daripada terus berleluasa. Walaupun terdapat undang-undang sedia ada di Malaysia, namun, jenayah love scam ini masih terus meningkat bilangannya. Perbandingan dengan negara lain, seperti Australia dan United Kingdom adalah penting untuk melihat sejauh manakah undang-undang di negara tersebut menangani isu love scam ini. Sesungguhnya, dapat disimpulkan bahawa walaupun ketiga-tiga buah negara mempunyai undang-undang yang mengawal selia jenayah love scam siber ini, namun, undang-undang sedia ada tersebut masih belum cukup untuk melindungi mangsa love scam siber secara menyeluruh.
Kata kunci: Kemajuan teknologi; penipuan cinta; penipuan cinta siber; media sosial; undang-undang.
Technological advancements such as the Internet and social media play a crucial role in the world of information technology as it indirectly help in providing communication channels and the latest information to users around the world. In Malaysia, the use of technology, such as smartphones and laptops has contributed to the increase in the use of the Internet and social media among the community. Although there are benefits in terms of development of information technology in line with current modernity, however, this technological innovation is also one of the society’s biggest challenges. This is because the use of technology, such as the Internet and social media, can bring harm or problems to users either from a social or legal standpoint. Among them, the use of technology and social media has contributed to issues of love scams (also known as cyber love scams) involving women, teenagers and other vulnerable groups. Legal developments need to be measured to assess whether existing laws can act comprehensively in protecting the victims of love scams. Therefore, this article discusses the extent to which current laws can protect the victims of love scams by assessing whether current laws are sufficient to combat love scams. Although there are existing laws in Malaysia, however, this love scam crime continues to increase in number. Comparison with other countries, such as Australia and the United Kingdom is important to see how far the laws in those countries deal with this love scam issue. Indeed, it can be concluded that although all three countries have laws that regulate this crime of love scams, however, there is still insufficent legal protection for the victims of love scams as a whole.
Keywords: Technological advancements, love scams, cyber love scams, internet, social media, law.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abidin, Norazlina Zainal, Mohammad Rahim Kamaluddin, Azianura Hani Shaari, Norazura Din, & Saravanan Ramasamy. (2018). Pengetahuan dan amalan perlindungan pengguna Facebook wanita terhadap penipuan cinta di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 113-133.
Alavi, Khadijah, Maizatul Haizan Mahbob & Mohammad Syahrul Azha Sooed. (2020). Strategi komunikasi penjenayah cinta siber terhadap wanita profesional. Jurnal Komunikasi, 36, 296-311.
Most rape victims know their suspects through social media, police investigations revealed. (2022, August 7) Sinar Daily. Retrieved from https://www.sinardaily.my/article/177849/focus/national/most-rape-victims-know-their-suspects-through-social-media-police-investigations-revealed#google_vignette
Australian Competition & Consumer Commission, Australian Energy Regulator. (2022). ACCC and AER Annual Report 2021-22.
Australian Banking Association. (n.d) Scams. Rertieved from https://www.ausbanking.org.au/for-customers/scams/
Bainbridge, D. I. (2004). Introduction to computer law. England:Pearson Education.
Bartels, L. (2012). Sentencing scammers: Law and practice. Trends and Issues in Crime and Criminal Justice, (443): 1-7.
Bernama. (2024, January 2) Pemasang Jubin rugi RM29,000 terpedaya ‘Love Scam’. Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemasang-jubin-rugi-rm29000-terperdaya-love-scam-452397
Hafidzul Hilmi Mohd Noor. (2023, Mac 29). Love Scam catat 7,286 kes sejak 2018. Harian Metro. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/950996/love-scam-catat-7286-kes-sejak-2018
Majlis Keselamatan Negara. (2024). Rm42 juta kerugian angkara scammer. Retrieved from https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/01/30/rm42-juta-kerugian-angkara-scammer/
Hamizi, Muhammad Adil Fikri Mohd. (2023). Penggunaan Media Sosial Sebagai Media Baharu dan Impaknya Terhadap Masyarakat Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15, 24-37.
Hridaya Ranjan Prasad Verma v. State of Bihar [2000] 4 SCC 168
Jones, H. S. 2024, February 9) Government warns against ruthless romance scammers this Valentines Day. Retrieved from https://www.accc.gov.au/media-release/accc-welcomes-funding-to-establish-national-anti-scam-centre
Liew Min Poh v. PP [1962] MC 316
Lloyds Bank. (2023). Romance Scams rose by a fifth in 2023. Retrieved from https://www.lloydsbankinggroup.com/assets/pdfs/media/press-releases/2024-press-releases/lloyds-bank/2024.02.02-romance-scams-rose-by-a-fifth.pdf
Maguire, A. (2021, April 27). What is extradition and how does it work? Retrieved from https://www.newcastle.edu.au/hippocampus/story/2021/what-is-extradition
Manap, Nazura, and Anita Rahim. (2002). Permasalahan Frod/Penipuan dan Komputer: Sejauhmanakah Penyelesaiannya. Malayan Law Journal IIX, (1).
Masip, J., Garrido, E., & Herrero, C. (2004). The nonverbal approach to the detection of deception: judgemental accuracy. Psychology in Spain, 8(1), 48-59.
Mohd Jalani Saliman & Anor v. Public Prosecutor [1997] 3 MLRH 701
PP v Maria Elvira Pinto Exposto [2017] MLRHU 1833
Ratanlal Ranchhoddas, Dhirajlal Keshavlal Thakore, V. R. Manohar, Avtar Singh, O. P. Srivastava. (2011). Ratanlal & Dhirajlal's the Indian Penal Code (Act XLV of 1860), India: LexisNexis Butterworth.
Yusoff, Sakina Shaik Ahmad, & Azimon Abdul Aziz. (2003). Mengenali undang-undang kontrak Malaysia. Petaling Jaya: International Law Book Services.
Refbacks
- There are currently no refbacks.