Tinjauan Awal terhadap Konsep Data Peribadi Kesihatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Pemakaian Teknologi Data Raya di Malaysia (An Overview of the Personal Data Concept under Personal Data Protection Act 2010 and the Application of Big Data Technology in Malaysia)

Nazura Abdul Manap, Siti Nur Farah Atiqah Salleh

Abstract


The concept of personal data protection in Malaysia often involves the protection of personal data in commercial transactions. There are many different types of personal data and one of them is health data. However, health data has not been clearly defined under the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA 2010). There is a need to look into the health data position under the Act. It is very significant especially with the application of big data technology in Malaysia’s healthcare. The data warehouse operates with big data technology and the usage of large data sets is essential for the purpose of processing and analyzing the data. The most important resource in adopting this technology is the patient’s health data. These data contain various forms of personal information that bring direct knowledge to the owner of the data. The dependency on health data to meet the purpose of applying this technology raises questions about the adequacy of health data protection and the limitations in addressing the challenges of applying data technology? Hence, this article aims to provide a preliminary overview of the concept of health data under the Act and the application of big data technology in Malaysia.

 

Abstrak

Konsep perlindungan data peribadi di Malaysia meliputi perlindungan data peribadi dalam transaksi komersial. Terdapat pelbagai jenis kategori data peribadi menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP 2010) dan salah satunya ialah data kesihatan. Namun, data kesihatan sebagai data peribadi tidak ditakrifkan secara jelas di bawah akta tersebut. Keperluan untuk melihat kedudukan data kesihatan di bawah akta ini adalah amat signifikan, terutamanya dengan pengenalan Gudang Data Kesihatan Malaysia 2017. Gudang data ini menggunakan teknologi data raya dan penggunaan set data kesihatan yang besar diperlukan untuk tujuan memproses dan menganalisis data tersebut. Sumber terpenting dalam mengguna pakai teknologi ini ialah data-data kesihatan pesakit. Data-data ini kebiasaannya mengandungi pelbagai bentuk maklumat peribadi yang membawa pengetahuan langsung kepada pemilik data tersebut.
Kebergantungan pada data kesihatan untuk memenuhi tujuan penggunaan teknologi ini menimbulkan persoalan tentang kesediaan perlindungan data kesihatan serta limitasi yang dihadapi dalam mendepani cabaran pemakaian teknologi data raya. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan untuk menyediakan satu tinjauan awal terhadap konsep data kesihatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan pemakaian teknologi data raya di Malaysia.

Kata Kunci: Undang-undang perlindungan data; data kesihatan; teknologi data raya


Keywords


Data protection law in Malaysia; health data; big data technology

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.