Kelestarian Prinsip-prinsip Muamalat dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah (The Sustainability of the Muamalat principles in the Islamic Banking System of Malaysia: the Shariah Governance Framework)

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Ruzian Markom

Abstract


The Islamic banking industry is rapidly growing in the complex and challenging atmosphere. The main feature of Islamic banking system is the shariah gorvernance framework for the Islamic banking business operations and services. However, shariah governance is not something new. It is proven that it is similar to the hisbah practice in the past Islamic administration. In Islamic banking system, a strict muamalat and shariah compliance is highly emphasized. Therefore, a sound shariah governance framework is required to ensure the stability and the effectivenes of the Islamic banking system. The implimentation of shariah governance serves as a fundamental that distinguishes between the Islamic banking and the conventional banking system. Therefore, this article will analyze the shariah governance framework in the Islamic banking system in Malaysia which encompasses the Shariah Advisory Council as the highest shariah authority, shariah committee, shariah supervision, and shariah audit in the Islamic banking institutions.

 

Abstrak

Industri perbankan Islam sedang pesat berkembang dalam atmosfera persekitaran yang kian kompleks dan mencabar. Ciri utama sistem perbankan Islam terletak pada rangka kerja tadbir urus syariah bagi operasi dan perkhidmatan perniagaan perbankan Islam. Walau bagaimanapun, sistem tadbir urus syariah bukan suatu perkara yang baharu. Ia telah dibuktikan menyamai amalan hisbah dalam pentadbiran Islam silam. Dalam sistem perbankan Islam, pematuhan yang tegas terhadap prinsip-prinsip muamalat dalam syariah amat dititikberatkan. Oleh itu, rangka kerja tadbir urus syariah yang kukuh serta mampan diperlukan bagi merealisasikan sistem perbankan Islam yang mantap dan stabil. Pelaksanaan tadbir urus syariah yang juga bertindak sebagai suatu teras dan sempadan yang membezakan antara perbankan Islam dengan konvensional. Oleh hal yang demikian, artikel ini menganalisis rangka kerja tadbir urus syariah dalam perbankan Islam di Malaysia yang merangkumi Majlis Penasihat Syariah sebagai autoriti syariah tertinggi jawatankuasa syariah, pengawasan syariah dan audit syariah  di institusi-institusi perbankan Islam.

Kata kunci: Sistem perbankan Islam; pengawasan dan pematuhan syariah; Majlis Penasihat Syariah; resolusi syariah; jawatankuasa syariah


Keywords


Islamic banking system; shariah compliance; Shariah Advisory Council; shariah resolution; shariah committee

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.