Hak untuk Perbicaraan yang Disegerakan dari Perspektif Undang-undang Sivil dan Syariah (The Right to Speedy Trials from the Perspectives of Civil and Syariah Law)

Hajah Fatimah Haji Ahmad, Zulazhar Tahir, Md Khalil Ruslan

Abstract


In discussing criminal proceedings, priority is given towards the accused’s right to get a fair trial. One right connected to the right to fair trial is the right to speedy trial in which the accused deserves to an expeditious disposal of the charge against him within a reasonable time. Nevertheless, delays in criminal proceedings is an issue that has been too often reported in case law. Therefore, this research focuses on issues of delays occurring in criminal proceedings, and the limitations within which the courts are allowed by law to interfere in the effort to solve the problem. Librarybased research is adopted with the utilisation of content analysis and critical analysis methodologies on relevant statutes, journal articles and reported cases. The research reveals that the courts have limited powers to interfere in consideration of the prerogative powers awarded by law to the prosecution. This research also finds the need to balance between the rights of the accused and the rights of the State and the public. Based on these findings, this research recommends that all involved agencies play their roles in the best way possible in order to ensure smooth running of criminal proceedings for the benefit of all; the accused, the State, and the general public.

 

Abstrak

Dalam memperkatakan mengenai perbicaraan jenayah, keutamaan diberikan kepada hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil. Salah satu cabang dari hak tersebut ialah hak perbicaraan segera di mana tertuduh berhak mendapatkan penyelesaian akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya dalam jangka waktu yang munasabah. Namun demikian, kelewatan dalam prosiding jenayah adalah isu yang sering berlaku dan kelewatan ini dilihat sebagai sesuatu yang boleh memprejudiskan seseorang tertuduh. Justeru, kajian ini akan mengfokuskan kepada isu kelewatan yang berlaku di dalam perbicaraan-perbicaraan jenayah, dan setakat mana mahkamah dibenarkan oleh undang-undang untuk campur tangan dalam usaha menyelesaikan permasalahan ini. Metodologi kajian perpustakaan diguna pakai yang mana metodologi-metodologi analisis kandungan dan analisis kritis dilaksanakan ke atas statut, artikel serta laporan kes yang berkaitan. Hasil kajian mendapati kuasa campur tangan mahkamah adalah terhad disebabkan kuasa prerogatif yang diberikan kepada pihak pendakwa menurut undang-undang. Kajian ini turut mendapati keperluan keseimbangan di antara hak tertuduh dengan hak kerajaan dan hak masyarakat. Berdasarkan kepada kedua-dua dapatan tersebut, kajian ini mencadangkan supaya semua agensi yang terlibat memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya bagi memastikan kelancaran perbicaraan jenayah demi kepentingan semua pihak iaitu tertuduh, kerajaan dan masyarakat awam.

Kata kunci: Hak perbicaraan segera; kelambatan prosiding; kuasa mahkamah; kuasa pendakwa; tatacara jenayah


Keywords


Right to speedy trial; delay in proceedings; power of court; power of prosecutor; criminal procedure

Full Text:

PDF

References


Abdul Karim Zaidan. 1989. Nizam Al-Qada fi Al-Shariah Al-Islamiah. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Abu al-‘Abbas Shababuddin Ahmad bin Idris bin Abd al-Rahman Al-Qarafi. 1995. Al-Ihkam fi Tamyiz al-Fatawa ‘an al-Ahkam wa Tasarrufat al-Qadi wa al-Imam. Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 2014. Raksa Raya Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Angela J. Davis. 2005. Prosecution and Race: The Power and Privilege of Discretion. Dalam. Susan D. Carle (pnyt.). Lawyer’s Ethics and the Pursuit of Social Ethics: A Critical Reader. New York: New York University Press.

Jefferson L. Ingram. 2005. Criminal Evidence, Ed. 12. Amerika Syarikat: Elsevier.

Kenneth Bresler. 2014. Constitutional Law for Criminal Justice Professional and Students. Amerika Syarikat: Springfield.

Lee, Chong Fook, Habibah Kiprawi dan Che Audah Hassan. 2010. The Process of Criminal Justice: Part II –Trial Proceedings, Sentencing and Appeals. Malaysia: Lexis Nexis.

Mahir Abdul Majid Abbood. 2007. Some Guarantees of Justice in the Islamic Judiciary. Al-Adl 35: 106-160.

Mahmud Zaki Fuad. 2002. Pembaharuan Dalam Undang-Undang Islam: Kajian Terhadap Status Hakim Wanita di Indonesia. Tesis Sarjana Syariah, Universiti Malaya.

Muhammad Salam Madkur. 1964. Al-Qada fi al-Islam. Kaherah: Matbaah al-Nahdah.

Wahbah al-Zuhaili, 2007. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. Terj. Abdul Hayyie al-Kattani. Jil. 5. Indonesia: Gema Insani.

Yusuf al-Qaradhawi. 2015. Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 4 (Hubungan Kemasyarakatan), Terj. Shafiyah Abdul Khodir. Selangor: PTS Islamika.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.