Faktor Kanak-Kanak Terbantut dan Budaya Kemiskinan dalam Kalangan Keluarga: Kajian kes di Putrajaya

Amyrah Iqlima Safiah Mohd Sofiuddin, Khadijah Alavi, Hutri Agustino

Abstract


National Health and Morbidity Survey (NHMS, 2019) mendapati bahawa satu daripada setiap lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah terbantut yang melibatkan 560,000 kanak- kanak iaitu sebanyak 20.7%. Data ini menunjukkan bahawa masalah terbantut dalam kanak- kanak terbantut di bawah lima tahun pada tahap yang serius dan masalah malnutrisi di Malaysia amat membimbangkan. Objektif kajian ialah meneroka faktor kanak-kanak terbantut dan budaya kemiskinan dalam keluarga kanak-kanak terbantut di Putrajaya, Selangor. Rekabentuk kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur secara bertulis. Sepuluh informan telah dipilih untuk ini kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Lokasi di negeri Selangor telah dipilih iaitu di daerah Putrajaya dengan menggunakan persampelan bertujuan. Data temu bual tidak berstruktur dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian mendapati majoriti keluarga kanak-kanak terbantut tidak terdedah kepada program alternatif khas terutamanya untuk kanak-kanak terbantut. Program yang dicadangkan kepada keluarga kanak-kanak terbantut ialah memperbanyakkan lagi aktiviti dan program serta bantuan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak terbantut untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Bukan itu sahaja, program yang dihasilkan juga patut mempunyai kriteria membimbing penduduk tempatan bagi mencegah masalah kanak-kanak terbantut ini. Implikasi kajian ialah mengadakan program kesedaran menyeluruh bagi setiap pihak termasuk jugak pihak pekerja sosial supaya mampu membantu keluarga kanak-kanak terbantut di Putrajaya.


Keywords


Budaya, kemiskinan, kanak-kanak terbantut, keluarga

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161