Tinjauan Terhadap Pendekatan Pembelajaran Farmasi Dalam Talian
Abstract
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembelajaran dalam talian (OL) telah muncul sebagai kaedah yang dinamik dan inovatif untuk menyampaikan ilmu pengajaran dengan lebih efektif di institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk dalam bidang pendidikan farmasi. Pertumbuhan pesat dan perkembangan OL di peringkat global dan peningkatan penggunaannya di Malaysia juga turut mendorong keperluan yang penting untuk mengkaji perlaksanaan pendekatan ini dengan lebih mendalam. Kajian terdahulu yang meliputi data dari Malaysia serta negara-negara lain telah dikaji untuk memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pembelajaran farmasi secara dalam talian. Kajian telah menunjukkan bahawa OL yang menggunakan platform teknologi maklumat dan komunikasi telah memberikan pelbagai manfaat yang signifikan kepada IPT dan pelajar, seperti aksesibiliti yang lebih baik, peningkatan interaksi pelajar dan pengajar, fleksibiliti dalam waktu pembelajaran serta peluang untuk pembelajaran kolaboratif yang lebih luas. Namun begitu, kajian juga telah menunjukkan pelaksanaan OL juga mempunyai beberapa halangan yang tertentu termasuklan kekangan kewangan, keperluan untuk latihan teknologi yang berterusan, keadilan dan integriti dalam penilaian pengajaran, masalah penglibatan pelajar, dan jurang digital yang mempengaruhi akses kepada teknologi. Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, pelbagai pendekatan telah diambil. Contohnya, bekerjasama dengan organisasi komuniti untuk menyediakan peranti pinjaman dapat membantu mengurangkan jurang digital dan memastikan pelajar yang memerlukan dapat mengakses bahan pembelajaran dengan lebih baik. Latihan yang berterusan dan sokongan teknikal juga penting untuk memastikan pengajar dan pelajar dapat memanfaatkan teknologi dengan sepenuhnya. Dengan pendekatan ini, diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih lengkap dan holistik mengenai pelaksanaan OL dalam pendidikan farmasi dan menyediakan asas yang kukuh untuk penyelidikan lanjut dalam bidang ini.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.
eISSN : 2289-4535
ISSN : 1675-8161