Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Serum Digoxin – Implikasi Untuk Pengurusan Dos dan Pencegahan Toksisiti
Abstract
Digoxin digunakan secara meluas dalam rawatan kegagalan jantung kongestif dan fibrilasi atrium. Digoxin mempunyai sifat indeks terapeutik sempit, maka ia memerlukan pengawasan dos yang teliti untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan dalam pengambilan dos yang telah diberikan. Ketepatan pengurusan dos digoxin amat penting kerana ia cenderung untuk menyebabkan toksisiti dalam kalangan pesakit. Pengawasan rapi kepekatan digoxin dalam darah akan membantu mencegah toksisiti dan boleh menjimatkan kos rawatan dalam jangka masa panjang. Objektif sorotan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepekatan serum digoxin dalam kalangan pesakit yang telah dipreskrib dengan ubat berkenaan.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.
eISSN : 2289-4535
ISSN : 1675-8161