Kesan Tembakan Jarak Dekat ke atas Bahan Binaan Kapal Nelayan Resak, Seraya dan Balau

Khairul Osman

Abstract


Kes tembakan senjata api jarak dekat ke atas kapal nelayan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan adalah untuk membuktikan bagaimana jenayah tembakan dilakukan. Bagi
menyelesaikan masalah ini model sudut tembakkan dan pantulan dalam ruang kecil perlu dibina. Kajian ini mengkaji kesan tembakan pistol CZ 75 SP-01 Shadow separa automatik buatan Republic Czech bersama peluru 9 mm FMJ 7.45 gm ke atas tiga jenis kayu yang selalu digunakan untuk membuat kapal nelayan. Faktor jarak tembakan (1, 3, 5 dan 10 m), sudut tembakan (15°, 30°, 45°, 60°, 75° dan 90°), sudut pantulan, dan jenis bahan binaan rumah kapal nelayan (Resak, Seraya dan Balau) dikaji. Keputusan kajian menunjukkan hanya 114 daripada 432 tembakan menghasilkan pantulan. Tembakkan ke atas kayu Resak menghasilkan beberapa pantulan peluru pada sudut tembakan 15° dan 30° dan jarak 1 m. Model persamaan menghubungkan sudut pantulan dan tembakkan berjaya dihasilkan. Kayu Seraya pula menghasilkan beberapa pantulan pada sudut tembakkan 15° dan jarak 1m sahaja dan ujian statistik menunjukkan bahawa model persamaan tidak boleh dibina. Bagi kayu Balau pula, model persamaan berjaya dihasilkan. Ia menghubungkan sudut pantulan dan jarak tembakkan. Ujian Validasi ke atas model kayu Resak dan Balau, menunjukkan model Resak mempunyai kejituan sebanyak 90%. Model kayu Balau pula tidak berjaya menghasilkan sebarang keputusan yang betul dan dengan itu tidak boleh dipercayai. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor yang dikaji tidak mencukupi untuk menerangkan kejadian pantulan peluru apabila tembakan dilakukan pada jarak dekat dalam ruang yang tertutup.


Keywords


Resak; Seraya; Balau; Pantulan; Tembakan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161