Tinjauan Literatur Berkaitan Tahap Pengetahuan, Sikap dan Persepsi Orang Awam Terhadap Dasar Larangan Merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Jamaludin Bakar, Syed Ismail Syed Mohamad, Hamidah Yusof, Ida Zaliza Zainol Abidin

Abstract


Program Berhenti Merokok telah bermula sejak tahun 1998 sebagai salah satu pendekatan pencegahan bagi membantu masyarakat mengatasi tabiat merokok. Matlamat program ini ialah membendung kegiatan merokok di kalangan masyarakat. Dasar dan polisi telah diwujudkan oleh kerajaan selaras dengan kehendak WHO bagi mewartakan larangan merokok di seluruh negara agar penguatkuasaan dapat dijalankan bagi membendung aktiviti merokok di tempat-tempat awam. Fenomena merokok boleh dikaji daripada aspek hubungan sosial, risiko ketagihan, risiko kesihatan serta faktor persekitaran berkaitan pencemaran udara. Tujuan penulisan tinjauan literatur ini adalah untuk memberi gambaran sejauh mana pengaruh tahap pengetahuan, sikap, persepsi kesediaan orang awam terhadap perlaksanaan dasar dan polisi larangan merokok di Malaysia. Hasil kajian hubungan pelbagai faktor ini diharap dapat membudayakan tadbir urus dalam polisi dan dasar kerajaan agar lebih berkesan dan efisyen.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161