Julat rujukan bagi homosisteina jumlah dalam plasma di kalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di Malaysia

Affandi Omar, Siti Rozilah Abdul Kadir, Salina Abdul Rahman, Fatimah Diana Amin Nordin, Balqis Kamarudin, Nur Jannaim Muhamad, Rosnani Mohamed, Marleena Mamat, Noornatisha Salleh, Zabedah Md Yunus, Julaina Abdul Jalil

Abstract


Dalam penyakit kepincangan metabolisme terwaris (inborn errors of metabolism – IEM), terdapat tujuh jenis penyakit berpunca daripada kekurangan enzim yang terlibat dalam metabolisme homosisteina. Paras homosisteina jumlah adalah berbeza mengikut jenis penyakit akibat kekurangan enzim ini. Maka, terdapat keperluan bagi mewujudkan suatu julat rujukan untuk membezakan antara populasi normal dengan populasi berpenyakit. Kajian ini menerangkan penemuan kami berkenaan julat rujukan bagi homosisteina jumlah di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Sebanyak 3 ml darah telah diambil daripada 86 individu normal (52 orang kanak-kanak lelaki dan 34 orang kanak-kanak perempuan) dan seterusnya diproses serta dianalisis menggunakan kaedah Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi jenis fasa penukar ion (HPLC-IEC). Hasil kajian mendapati min homosisteina jumlah bagi keseluruhan populasi rujukan ialah sebanyak 8.1 ± 3.89 µM (95% selang keyakinan 7.3-8.9 µM). Julat rujukan yang diwujudkan untuk populasi rujukan adalah sebanyak 2.5 – 16.2 µM dengan had pemutus terendah (lower cut-off) dan had pemutus teratas (upper cut-off) masing-masing adalah 1.0 µM dan 21.0 µM. Julat yang berjaya diwujudkan ini didapati agak tinggi berbanding dengan penyelidik luar. Penemuan ini dapat mengurangkan jumlah kadar positif palsu semasa proses diagnosis penyakit dilakukan. Secara kesimpulannya, kami telah berjaya mewujudkan suatu julat rujukan bagi homosisteina jumlah untuk populasi kanak-kanak di Malaysia.

 

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1902-03


Keywords


Homosisteinemia; Homosisteina Jumlah; Julat Rujukan; Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161