Keberhasilan Pemulihan dalam Komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Nor Azlin Mohd Nordin, Nurul Anisah Jaafar, Syed Mohamed Aljunid Syed Junid

Abstract


Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalm Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak – kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai keberhasilan PDK untuk kanak – kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan program pemulihan serta mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK.  Sejumlah 220 orang kanak – kanak kurang upaya berumur 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai kajian. Keberhasilan program ditentukan dari aspek perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel selepas 6 bulan menjalani PDK. Faktor berkait yang dikaji ialah umur, jenis kurang upaya, skor asas Indeks Barthel, jenis program yang diikuti dan kekerapan kehadiran ke sesi terapi. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam Indeks Barthel, min perubahan ± SP bersamaan 0.90 ± 4.54 (p=0.003) selepas pemulihan. Tahap kehadiran ke sesi terapi adalah rendah iaitu < 50% menunjukkan kehadiran tiga perempat atau penuh dari keseluruhan sesi terapi yang ditawarkan. Semua faktor yang dikaji didapati tidak mempunyai kaitan dengan perubahan skor Indeks Barthel (p>0.05) kecuali jenis program yang diikuti (r=0.14, p=0.03). Sebagai kesimpulan, keberhasilan pemulihan yang diperolehi melalui PDK amat kecil bagi tempoh latihan yang dijalani. Implementasi program perlu dinilai dan ditambahbaik bagi meningkatkan manfaatnya terhadap kanak-kanak kurang upaya. 

Kata kunci: Pemulihan, Komuniti, Kanak-kanak kurang upaya

 

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1901-19


Keywords


Rehabilitation; Community; Children with disability

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161