Aplikasi ClubHouse Media Interaktif Pembelajaran Bahasa Arab Secara Terbuka (Application of ClubHouse as an Interactive Media for Open Arabic Language Learning)

Puteri Nurul Syazwani, Harun Baharudin

Abstract


Perkembangan pembelajaran Bahasa Arab kini kian meluas dan mengalami impak perubahan yang positif mengikuti arus perkembangan teknologi pada masa kini. Namun penggunaan media interaktif untuk menambah baik komunikasi dua hala serta memperbaiki persekitaran bahasa masih menjadi isu utama dalam pembelajaran bahasa Arab. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor pemilihan aplikasi ClubHouse sebagai medium pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah media interaktif. Kaedah pembelajaran seperti ini telah menjadi satu kompenan penting dalam pembelajaran pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi dalam mencapai Revolusi Industri 4.0. Pendekatan kualitatif digunakan dengan merujuk bahan dalam bentuk sumber bertulis seperti buku akademik, jurnal, tesis, temubual dan pemerhatian yang berkaitan dengan penggunaan media interaktif dalam pembelajaran Bahasa Arab untuk mencari kelompangan baharu daripada kajian-kajian lepas, sekali gus membina permasalahan dan objektif bagi kajian ini. Melalui dapatan dan perbincangan kajian menunjukkan kesan pembelajaran Bahasa Arab di kalangan pengguna melalui media interaktif ini bergantung dengan pemilihan aplikasi, penguasaan perkataan dan pengetahuan bahasa Arab serta faktor luar yang memainkan peranan utama.

Keywords


Aplikasi ClubHouse, Media Interaktif, Faktor pemilihan, pembelajaran bahasa Arab

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823