Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh: Satu Kajian Literatur Sistematik (Issues and Challenges in Open and Distance Learning Education : A Systematic Literature Review)
Abstract
Pendidikan terbuka dan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) menawarkan satu sistem pendidikan yang fleksibel dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, ODL telah berkembang dan memberi peluang kepada individu yang bekerja untuk memperoleh kelayakan, kelulusan, kemahiran dan pengetahuan. Kajian-kajian lepas menunjukkan pendidikan secara ODL mengalami perkembangan yang agak memberangsangkan dalam dunia pendidikan masa kini.Meskipun begitu, pelaksanaan Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh di Malaysia masih baharu. Antara isu utama yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan keciciran pelajar dan ketidakjujuran dalam akademik. Selain itu, tahap kemahiran teknikal pelajar dan tenaga pengajar yang lemah juga merupakan isu dan cabaran dalam pelaksanaan ODL. itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran ODL dalam pendidikan menggunakan sorotan literatur bersistematik (SLR). Kajian tertumpu kepada beberapa isu dalam pendidikan dan penglibatan pelajar dalam ODL seperti keciciran (dropouts) dan ketidakjujuran dalam akademik. Metodologi bagi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan yang menggunakan pangkalan data daripada Education Resources Information Center (ERIC), EBSCO, Web of Science (Wos) IEEE Xplore dan PubMed. Hasil dapatan daripada analisis kajian-kajian literatur terpilih mendapati bahawa pelaksanaan ODL dalam sistem pendidikan menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang mempengaruhi keberkesanannya. Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pelbagai pihak berkaitan pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) sebagai salah satu kaedah atau pendekatan sistem pendidikan masa kini dan akan datang.
Keywords
Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh, Isu, Cabaran
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License