Sikap Kepimpinan dan Tahap Kesepaduan Pasukan Melalui Aktiviti Pendidikan Luar dalam Kalangan Pelajar Program Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Abstract
Pelaksanaan aktiviti pendidikan luar lazimnya dilakukan dengan objektif untuk menerapkan kemahiran-kemahiran generik (soft skills) tertentu dalam kalangan peserta. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pembentukan sifat kepimpinan dan tahap kesepaduan pasukan menerusi pelaksanaan aktiviti pendidikan luar dalam kalangan pelajar sukan dan rekreasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada jantina responden mempengaruhi sifat kepimpinan dan tahap kesepaduan pasukan. Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan 30 orang pelajar yang telah mengikuti program dan aktiviti pendidikan luar dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Instrumen kajian merupakan set soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A merupakan item-item demografi responden manakala bahagian B adalah soal selidik Group Environment Questionnaire (GEQ: Carron, Widmeyer, & Brawley, 1985) yang terdiri daripada 15 soalan. Bahagian ini perlu dijawab mengikut skala persetujuan dari 1 (sangat tidak setuju) hingga ke skala 5 (sangat setuju). Bahagian C terdiri daripada soal selidik daripada Authentic Leadership Self-Assessment Questionnaire. Bahagian ini juga memerlukan responden memilih skala persetujuan dari 1 (sangat tidak setuju) hingga ke skala 5 (sangat setuju). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sifat kepimpinan dan tahap kesepaduan yang terbentuk menerusi penglibatan pendidikan luar dalam kalangan responden adalah positif, di samping menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pembolehubah berbilang jantina. Dapatan ini menyediakan data asas (baseline data) sebagai rujukan untuk menambahbaik pelaksanaan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi UKM pada masa hadapan.
Keywords
Kepimpinan, kesepaduan, pendidikan luar, sukan dan rekreasi
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License