Intervensi Sukan Sebagai Pilihan Bagi Murid ADHD:Isu Dan Cabaran

Mohd Arshad Yahya, Noraini Abdullah Abdullah, Nurbieta Abd Aziz, Fathiyah Mohd Kamaruzaman, Nik Norlaili Jamilah Nik Othman

Abstract


ADHD atau Gangguan Kecelaruan Daya Tumpuan dan Hiperaktiviti adalah gejala mental serius yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa di seluruh dunia. Di Malaysia, anggaran prevalensi ADHD dalam kalangan kanak kanak adalah semakin meningkat antara 1.6 peratus hingga 4.6 peratus. Individu Lelaki lebih berisiko untuk didiagnosis simptom ADHD berbanding perempuan. ADHD menyebabkan individu mengalami masalah dalam memberi tumpuan, aktiviti motor yang terganggu, dan impulsiviti. Sekiranya berlarutan, akan menjejaskan kualiti hidup seharian. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti peluang dan cabaran intervensi sukan sebagai terapi untuk MBPK ADHD. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan hasil dapatan kajian terdahulu yang berkaitan isu dan cabaran yang diketengahkan. Kajian lepas mendapati bahawa intervensi sukan secara inklusif dapat mengurangkan tingkah laku negatif, meningkatkan kekerapan aktiviti fizikal, dan memperbaiki proses sosialisasi dalam kalangan murid ADHD. Aktiviti sukan berkumpulan seperti bola sepak dan latihan berkumpulan untuk sukan individu telah menunjukkan hasil yang positif dalam mengurangkan simptom ADHD melalui interaksi sosial yang lebih baik. Intervensi sukan menawarkan peluang besar sebagai terapi alternatif untuk MBPK ADHD. Namun, pelbagai cabaran perlu diatasi, termasuk pelaksanaan program yang berkesan dan sokongan yang berterusan. Oleh itu, kajian ini amatlah diperlukan sebagai proses pemulihan berperingkat melalui intervensi sukan terhadap MBPK ADHD.

Keywords


ADHD, isu, cabaran, intervensi, modul intervensi, sosial, aktiviti fizikal

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823