Hubungan Tahap Pengurusan Masa dengan Pencapaian Akademik Pelajar On-The Job Training Kolej Vokasional (Relationship between Time Management and Academic Achievement of Vocational College Students undergoing On-The Job Training)

MUHAMMAD HARITH OTHMAN, ZOLKEPLI HARON, NORASMAH OTHMAN

Abstract


Graduan kolej vokasional perlu menguasai setiap kemahiran yang diperlukan majikan supaya mereka lebih bersedia dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan, kerana modal insan yang baik adalah tenaga kerja yang mempunyai kedua-dua kemahiran akademik dan kebolehkerjaan. Kajian ini meninjau hubungan antara tahap pengurusan masa pelajar On-The Job Training Kolej Vokasional (KV) dengan pencapaian akademik mereka. Salah satu kemahiran kebolehkerjaan yang diuji di dalam kajian ini adalah melalui konstruk pengurusan masa yang meliputi perancangan projek, penerimaan cadangan, penganalisaan dan penyelesaian masalah. Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar KV yang dipilih secara rawak dari sebuah KV. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen. Dapatan menunjukkan tahap pengurusan masa pelajar secara keseluruhan adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara tahap pengurusan masa semasa menjalani OJT dengan pencapaian akademik pelajar. Implikasinya, dalam dalam menilai bakal pekerja, majikan seharusnya tidak membuat jangkaan awal terhadap salah satu ciri-ciri kemahiran kebolehkerjaan graduan KV melalui keputusan peperiksaan akademik mereka. Dicadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan jumlah sampel yang lebih besar mengikut populasi sebenar keseluruhan pelajar KV di Malaysia bagi melihat gambaran yang lebih besar.

Kata Kunci: Kolej Vokasional, On-The Job Training, kebolehkerjaan, pengurusan masa, pencapaian akademik.

 

Vocational college graduates need to master all the skills employers need to be better prepared to meet the challenges and competition of getting a job, because good human capital is a workforce with both academic and job skills. This study examines the relationship between the level of time management of On-The Job Training Vocational College (KV) students and their academic achievement. One of the work skills tested in this study is through time management construct that include project planning, proposal acceptance, analysis and problem solving. This study involved 35 KV students randomly selected from a KV. Questionnaire was used as the instrument. Findings show that the overall level of time management of the students is high. Findings also show that there is no relationship between the level of time management during OJT and students’ academic achievement. The findings implicate that in evaluating potential employees, employers should not predict any of the characteristics of KV graduate’s employability skills through their academic examination results. It is suggested that a further study to be conducted with a larger sample size based on the overall population of KV students in Malaysia to see a larger picture.

Keywords: Vocational College, On-The Job Training, employability skills, time management, academic achievement.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01SI-01

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823