Produktiviti Berdasarkan Orientasi Input Sekolah Menengah Atas (Sma) di Kota Dumai-Riau-Indonesia (Productivitiy Based on Input Orientation of Senior High School in Dumai-Riau-Indonesia)

ARIF MURTI ROZAMURI, NUR RIZA MOHD SURADI

Abstract


Pendidikan adalah salah satu cara yang paling penting dan efektif dalam membangunkan watak dan keperibadian anak bangsa. Jenis dan sekolah yang dipilih juga memberikan kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap pendidikan. Oleh itu, sering didapati bahawa dalam penerimaan pelajar baharu setiap ibu bapa menginginkan anaknya mendapatkan sekolah yang terbaik. Penilaian sekolah yang terbaik banyak dilakukan berdasarkan persepsi yang terbentuk dalam masyarakat daripada satu kaedah efektif pemasaran iaitu daripada mulut ke mulut. Melalui hal tersebut, sebuah kajian ilmiah perlu dilakukan untuk melihat produktiviti Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai sebagai panduan dan informasi bagi ibu bapa dan masyarakat untuk menentukan sekolah yang sesuai bagi anak-anak mereka. Dalam hal ini, data kajian diambil daripada Dinas Pendidikan Kota Dumai bagi tahun pengajian 2012/2013. Perkara yang akan dikaji ialah produktiviti sekolah berdasarkan orientasi input iaitu jumlah guru, jumlah siswa dan jumlah ruang belajar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823