MENINGKATKAN PENGETAHUAN KONSEPTUAL DAN PROSEDURAL DALAM PERSAMAAN KIMIA YANG SEIMBANG MENGGUNAKAN SIMULASI DIGITAL (IMPROVING CONCEPTUAL AND PROCEDURAL KNOWLEDGE IN BALANCED CHEMICAL EQUATIONS USING DIGITAL SIMULATIONS)
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan penguasaan pengetahuan konseptual dan prosedural murid dalam menulis persamaan kimia yang seimbang melalui penggunaan simulasi digital. Kajian melibatkan 22 orang murid Tingkatan 4 yang dikenal pasti menghadapi kesukaran memahami konsep dan prosedur menulis persamaan kimia yang seimbang. Intervensi dilaksanakan selama dua minggu menggunakan simulasi digital PhET yang menekankan visualisasi interaktif dan penerokaan kendiri murid. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca bagi menilai perubahan tahap penguasaan murid, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis lembaran kerja murid. Dapatan kajian menunjukkan skor ujian pasca meningkat antara 10% hingga 45% berbanding ujian pra, dengan peningkatan min skor keseluruhan daripada 55.9% kepada 78.9%. Peningkatan sebanyak 23.0% menunjukkan bahawa simulasi digital membantu meningkatkan penguasaan pengetahuan konseptual dan prosedural murid dalam menulis persamaan kimia yang seimbang. Pemerhatian selepas intervensi turut menunjukkan murid lebih aktif terlibat, mampu menjelaskan konsep dengan lebih tepat dan menunjukkan keyakinan semasa menulis persamaan kimia. Dapatan ini menunjukkan bahawa visualisasi interaktif membantu murid menghubungkan konsep abstrak dengan representasi simbolik kimia secara lebih bermakna. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan simulasi digital berpotensi sebagai pendekatan pedagogi alternatif dalam pengajaran kimia bagi membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kesimpulannya, penggunaan simulasi digital merupakan pendekatan pengajaran yang berkesan kepada murid memahami konsep kimia yang abstrak serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kimia di bilik darjah.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Amani, V., Akrami, Z. & Omidvar, M. 2025. Investigation of Misconception of 10th High School Students About the Concepts of Stoichiometry and Balancing of Chemical Equations Using Conceptual Evaluation Method. Educational and Scholastic Studies 13 (4): 317–337.
Antonelli, D., Christopoulos, A., Laakso, M.-J., Dagienė, V., Juškevičienė, A., Masiulionytė-Dagienė, V., Mądziel, M., Stadnicka, D. & Stylios, C. 2023. A Virtual Reality Laboratory for Blended Learning Education: Design, Implementation and Evaluation. Education Sciences 13: 528.
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2017. Research Methods in Education (8th ed.). London: Routledge.
Deleña, R. F. & Marasigan, A. C. 2023. Understanding Students’ Misconceptions about Chemical Formula Writing and Naming Ionic Compounds. International Journal of Academic Studies in Technology and Education (IJASTE) 1(2): 156–173.
Fraenkel, J. R., Wallen, N. E. & Hyun, H. H. 2019. How to Design and Evaluate Research in Education (10th ed.). New York: McGraw-Hill Education.
Francisco Jr., L. M., Garcia, F. & Mirabueno, D. C. 2025. The Effects of PhET Simulations on Students’ Experienced Immersion and Understanding of Molecule Shapes. International Journal of Multidisciplinary Research and Publications (IJMRAP) 7 (12): 32–37.
Hamerská, L., Matˇecha, T., Tóthová, M. & Rusek, M. 2024. Between Symbols and Particles: Investigating the Complexity of Learning Chemical Equations. Education Sciences 14(6): 570.
Jannah, S. & Shofiyah, N. 2023. Implementation of Experiential Learning Model to Improve Science Process Skills. Edunesia: Jurnal Ilmiah Pendidikan 5: 377–389.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kimia Tingkatan 4 dan 5.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Dasar Pendidikan Digital.
Kolb, A. Y. & Kolb, D. A. 2011. Experiential Learning Theory: A Dynamic, Holistic Approach to Management Learning, Education and Development. Dlm. Armstrong, S. J. & Fukami, C. (pnyt.). Handbook of Management Learning, Education and Development. London: Sage
Liang, Y., Chen, S., Abeysekera, R., O’Sullivan, H., Bray, J. & Keevill-Savage, I. 2024. Examining the Adoption of Technology-Enhanced Learning in Universities and Its Effects on Student Performance, Satisfaction, and Motivation. Computers and Education Open 7: 100223.
Mayer, R. E. & Fiorella, L. (pnyt.). 2022. The Cambridge Handbook of Multimedia Learning. Ed. Ke-3. Cambridge: Cambridge University Press.
Piaget, J. (1977). The Development of Thought. Equilibration of Cognitive Structures. Oxford: Basil Blackwell.
Seliwati. 2021. Kemampuan Memahami Persamaan Reaksi Kimia di Era Pembelajaran Digital pada Siswa Kelas X MIPA SMAN 5 Palangka Raya. Jurnal Riset Pendidikan Kimia 11 (2): 107–112.
Siti Sarah Muhammad Raflee & Lilia Halim. 2021. Keberkesanan Pemikiran Kritis dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Penyelesaian Masalah KBAT. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 60–76.
Verangel, G. & Prudente, M. 2023. Students’ Conceptual Understanding and Confidence on Balancing Chemical Equations Using Particulate Drawings. The Normal Lights 16 (1).
Refbacks
- There are currently no refbacks.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License