KESANTUNAN BERBAHASA DALAM TERAPEUTIK KAUNSELING: ANALISIS BERDASARKAN PRINSIP LEECH (1983) (Linguistic Politeness in Counselling Therapeutic: An Analysis Based on Leech's (1983) Principles)
Abstract
ABSTRAK
Kajian ini meneliti peranan kesantunan berbahasa sebagai elemen teras dalam komunikasi terapeutik kaunseling, dengan menekankan fungsinya bukan sahaja sebagai nilai linguistik tetapi juga sebagai instrumen psikososial yang membina kepercayaan klien dan menyokong keberkesanan intervensi. Berasaskan Prinsip Kesopanan Leech (1983) yang merangkumi enam maksim santun, kedermawanan, sokongan, kerendahan hati, persetujuan dan simpati. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes melalui temu bual separa berstruktur dengan lima orang kaunselor berpengalaman. Analisis tematik berpandukan prinsip Leech digunakan untuk mengenal pasti bentuk kesantunan berbahasa serta strategi komunikasi terapeutik yang diaplikasikan dalam sesi kaunseling. Dapatan menunjukkan kesantunan berbahasa diamalkan secara lisan dan bukan lisan melalui strategi seperti simpati, empati, persetujuan, kerendahan hati, kedermawanan dan kebijaksanaan, yang berperanan membina hubungan baik, meningkatkan keyakinan klien dan mengurangkan risiko penolakan komunikasi. Walau bagaimanapun, kaunselor berdepan cabaran seperti pemilihan laras bahasa mengikut latar belakang klien, pengawalan emosi dan profesionalisme, perbezaan budaya serta tingkah laku klien yang kurang memberikan kerjasama. Secara keseluruhannya, pengintegrasian kesantunan berbahasa memperkukuh komunikasi terapeutik, mewujudkan suasana sesi yang kondusif dan meningkatkan kepekaan kaunselor terhadap konteks budaya dan emosi. Kajian ini turut mencadangkan agar penyelidikan akan datang melibatkan perspektif klien dan meneliti kesantunan dalam kaunseling pelbagai budaya dan digital bagi memastikan relevan dengan kepelbagaian komunikasi semasa.
ABSTRACT
This study explores the role of linguistic politeness as a core element in therapeutic communication within counselling sessions, emphasizing its function as both a linguistic value and a psychosocial instrument that fosters client trust and supports intervention effectiveness. Grounded in Leech’s Politeness Principle (1983), which comprises six maxims; tact, generosity, approbation, modesty, agreement, and sympathy this qualitative case study involved semi-structured interviews with five experienced counsellors. Thematic analysis, guided by Leech’s framework, was employed to identify forms of linguistic politeness and the therapeutic communication strategies applied in practice. Findings reveal that politeness is manifested both verbally and non-verbally through strategies such as sympathy, empathy, agreement, modesty, generosity, and discretion, all of which enhance rapport, increase client confidence, and minimize the risk of communication resistance. Counsellors, however, face several challenges, including selecting appropriate language registers based on client backgrounds, managing emotions and professionalism, navigating cultural differences, and addressing uncooperative client behavior. Overall, the integration of linguistic politeness strengthens therapeutic communication, cultivates a conducive counselling environment, and enhances counsellors’ cultural and emotional sensitivity, while also providing practical implications for effective intervention. This study further highlights the need for future research involving client perspectives and exploring politeness in multicultural and digital counselling contexts to ensure relevance in contemporary communication dynamics.
Full Text:
PDFReferences
Abang Patdeli Abang Muhi. 2024. Memahami erti kesantunan berbahasa. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2024/08/05/14632/ [2 August 2025].
Abd Ganing Laengkang & Riduan Makhtar. 2016. First-order politeness untuk melihat kefahaman kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim. Jurnal Pengajian Islam 9 (2):25-48.
Aini Khairiah Khairul Anuar, Zuhayra Nasrin Mohammad Kharul & Nur Hikmah Mubarak Ali. 2024. Komunikasi efektif antara rakan kerja di organisasi. Journal Contemporary of Islamic Counselling Perspective 3 (1):72-78.
Awang Sariyan. 2015. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azemi Shaari, Noor Azniza Ishak, Nurul Naimah Rose & Ashli Abdullah. 2015. Aplikasi kaunseling individu terhadap murid orang kurang upaya (oku) (pendengaran dan pertuturan). Jurnal Pembangunan Sosial. 18:171-84.
Fariza Md Sham & Azyyati Mohd Nazim. 2015. Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: Fokus pendekatan bimbingan jiwa. Hadhari 7 (2):63-73. http://journalarticle.ukm.my/9846/1/12494-34083-1-SM.pdf.
Khazri Osman, Mohamad Yazid, Mohamad Azrien, Siti Salwa. 2022. Kompetensi kesantunan berbahasa sukarelawan berpandukan maksim kesantunan Leech. TAMU (Tinta Artikulasi Membina Ummah) 8 (2):112-26.
Leech, G. 1983. Principles of Pragmatics. London & New York: Longman.
Nor Azuwan Yaakob, Norazlina Mohd Kiram, Kamariah Kamaruddin & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2011. Kesantunan berbahasa dalam aktiviti program latihan khidmat negara (PLKN). Journal of Human Capital Development 4 (1):53-76.
Samarah, Abdullah Yaqub. 2015. Politeness in arabic culture. Journal Theory and Practise in Language Studies 5 (10):2005-16.
Syaifatul Jannah. 2024. Dzikrullah: Terapi agama untuk merawat individu yang mengalami gangguan neurasthenia. Hadhari 16 (2):156-66.
Wan Robeh Meor Osman & Hamidah Abdul Wahab. 2011. Penggunaan lakuan bahasa permintaan dalam sesi kaunseling. Dlm. Seminar Antarabangsa Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu VII. Anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Robiah Meor Osman & Hamidah Abdul Wahab. 2018. Kesantunan berbahasa kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling. Journal of Language Studies 18 (1):252-69.
Wan Siti Fatimatul Akmal W Hassan & Suhaila Zailani @Ahmad. 2019. Strategi dan panduan kesantunan bahasa menurut perspektif Islam. Jurnal Islamiyyat 41(1):117–24. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2019-4001-14.
Zainab Ismail. 2018. Kaunseling online dalam dunia terhubung. Al-Hikmah 10 (2):86-94.
Zainuddin Abu, Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2008. Pendekatan kaunseling menangani masalah kebebasan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi: Dua kajian kes. Jurnal Pendidikan 33:107-23.
Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies 11 (3):31-51.
Zarina Muhammad, Akmaliza Abdullah & Ratna Roshida Ab Razak. 2019. Sifat malu dalam kerangka akhlak Melayu. Jurnal Hadhari 11 (2): 231-244.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2025-1702-07
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari