RAWATAN PENAGIHAN DADAH MELALUI MODEL TERAPI PSIKOSPIRITUAL HOLISTIK: KAJIAN KES DI MADRASAH ANHARUL- U-LOOM, THAILAND (Treatment of Drug Abuse Through Psychospiritual Holistic Therapy Model: A Case Study in Madrasah Anharul- U-Loom, Thailand)
Abstract
ABSTRAK
Penubuhan Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah. Namun begitu, rawatan dan pemulihan di pusat tersebut terhad kepada suatu tempoh sahaja iaitu tidak melebihi 24 bulan (2 tahun). Di samping itu, modul yang digunakan oleh sebahagian pusat pemulihan tidak mampu merawat penagih untuk pulih dari ketagihan dadah dalam jangka masa yang panjang. Oleh kerana itu, terdapat ramai dari kalangan penagih dadah yang pernah menjalani rawatan kembali semula ke tabiat asal mereka sebaik keluar dari pusat pemulihan. Justeru itu, satu pendekatan baharu yang lebih holistik perlu diwujudkan bagi membantu para penagih pulih sepenuhnya dari ketagihan dadah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospiritual yang dijalankan di beberapa pusat rawatan yang berjaya dan menganalisis keberkesanannya seterusnya membangunkan model rawatan baharu yang lebih efektif. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menggunakan pendekatan observasi deskriptif, temubual dan kajian teks. Seterusnya, data-data tersebut dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan unsur kerohanian berasaskan akidah yang diterapkan di pusat pemulihan penagihan dadah terpilih membantu penagih untuk pulih sepenuhnya dan tidak kembali kepada penagihan semula dalam jangka masa yang panjang.
ABSTRACT
The establishment of the Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) by the National Anti-Drugs Agency (NADA) serves as a rehabilitation center that provides treatment and rehabilitation to drug addicts. However, treatment and rehabilitation at the center only limited to a period of not more than 24 months (2 years). In addition, the modules used by some rehabilitation centers are unable to treat addicts to recover from drug addiction over the long term. As a result, there are many drug addicts who have undergone treatment returning to their original habits once out of the rehabilitation center. Therefore, a new holistic approach is needed to help addicts recover completely from drug addiction. Thus, this paper aims to review the potential of psychospritual treatment methods implemented in several successful treatment centers and to analyze their effectiveness and develop new effective treatment models. To achieve this objective, this qualitative study will use descriptive observation approaches, interviews and text studies. Then, the data were analyzed using inductive and deductive methods. This study found that the application of a faith-based spiritual element that is applied in selective drug addiction rehabilitation centers help addicts to long term complete recovery and relapse prevention.
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Abd Ghani, Selamah Maamor, Ahmad Bashir Aziz, Mohd Shahril Ahmad Razimi, Norazlina Abd Wahab, Nik Safiah Nik Abdullah & Nor Hanim Elias. 2017. Kaedah rawatan penagih tegar dadah melalui pendekatan kerohanian: Kajian kes di Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia (Pri (1)M), Kedah. Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 7(1): 39-50.
Abdollah Salaeh, Mohd Zohdi Mohd Amin, Norhasnira Ibrahim, Mahsor Yahya, Mohd Zulfazdli Mohamad Hisam, Nor Hazriana Muhammad Nazri Chung, Nor
Adilah Bahari & Farihah Abdul Halim. 2016. Institusi Pengajian Pondok Anharul Ulum: Kaedah Terapi Penagihan Dadah Berdasarkan Hadis Nabawi. Toleransi
Nabawi dalam Kepelbagaian Bangsa. Nilai, Negeri Sembilan: Usim Press.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK. 2018. Maklumat Dadah 2017. Bangi: Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK. 2020. Maklumat Dadah 2019. https://www.adk.gov.my/orang-awam/statistik-dadah [01/06/2020].
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK. n.d. Pelan Tindakan Dasar Dadah Negara. https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/PELAN-TINDAKAN-DDN.pdf. [01/06/2020].
Anon. 2016. Dadah Punca Utama Peningkatan Kes Jenayah. Bernama. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dadah-punca-utama-peningkatan-kesjenayah-123872 [26/11/2016].
Anon. 2019. Tekanan Kerja Punca Golongan Bijak Pandai Menagih Dadah. Bernama.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/571738/ tekanan-kerjapunca-golongan-bijak-pandai-menagih-dadah [22/4/2022].
Fauziah Ibrahim. 2012. Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps,Bangi: UKM.
Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Nor Jana Saim, Salina Nen, dan Mohd Norahim Mohamed Sani. 2017. Faktor-faktor penyumbang ketahanan diri penagih untuk pulih bebas dadah. Journal of Social Sciences and Humanities 12(1): 60-74.
Galanter, M., Dermatis, H., Bunt, G., Williams, C., Trujillo, M & Steinke, P. 2006. Assessement of spirituality and its relevance to addiction treatment. Journal of Substance Abuse Treatment 33: 257-264.
Khalid, M. Y. 2008. Psycho-spiritual therapy approach for drug addiction rehabilitation. Jurnal Antidadah Malaysia: 143–152.
Mahyuddin, Arsat & Azizah, Besar. 2011. Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar: Satu kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Journal of Science & Mathematics Education:1-9.
Mansor Abu Talib, Mohd Roslan Rosnon, Farhana Sabri & Maziatul Akmal. n.d. Penilaian modul pemulihan penagih dadah melalui pendekatan modul Isra’: Satu pendekatan analisis naratif. https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/3-ARTIKEL-JURNAL-KAJIAN-KEBERKESANAN-MODUL-ISRA-DALAMMEMBANTU-KLIEN.pdf. [16/11/2020].
Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki & Jasni Sulong. 2017. Pemulihan dadah berteraskan Islam: Kajian kes di Madrasah Anharol-Ulum, Thailand. Kertas kerja Persidangan Serantau Fiqh Harta dan Masyarakat Wasatiy (FIHAM 2017). Anjuran Bahagian Pengajian Islam Bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM). Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, 22-23 Ogos.
Mohd Rafidi Jusoh, Abd. Halim Mohd Hussin & Saedah Abdul Ghani. 2015. Keberkesanan terapi kelompok psikopendidikan dalam meningkatkan motivasi
penagih dadah. Jurnal Antidadah Malaysia 9 (1).
Nurhazlina Mohd Ariffin, Norruzeyati Che Mohd Nasir & Mohammad Rahim Kamaluddin. 2019. Faktor-faktor penagihan semula dalam kalangan belia. Malaysian Journal of Youth Studies 20 (Jun): 73-83.
Nur Saliawati Salberi. 2018. Penagih dadah terbabit samun ragut. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/467527/ penagih-dadahterbabit-samun-ragut [29/08/2018].
Othman, Z., Idris, N. A. & Druis, M. D. 2015. Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman keselamatan: Analisis keberkesanan program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 11(3): 60-71.
Ramieza Wahid. 2020. Naik taraf AADK sebelum tamatkan penagih dadah. MalaysiaKini. https://www.malaysiakini.com/news/541995 [10/09/2020].
Seghatoleslam, T., Habil, H., Hatim, A., Rashid, R., Ardakan, A. & Esmaeili Motlaq, F. 2015. Achieving a spiritual therapy standard for drug dependency in Malaysia, from an Islamic perspective: Brief review article. Iranian Journal of Public Health 44(1): 22–27.
Siti Fatin Farhana Rusli, 2009. Penyalahguna dadah kalangan remaja, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2022-1401-02
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari