FAKTOR PENGETAHUAN AMALAN BATAS AURAT DAN PERGAULAN REMAJA PEREMPUAN SMK TITINGAN TAWAU SABAH (Factor of Knowledge and Practice on Aurat and Female Adolescent Intercomunication Limit at SMK Titingan Tawau Sabah)

Nur 'Izzah Jainudin, A'dawiyah Ismail

Abstract


ABSTRAK
Gejala sosial berkait rapat dengan masalah penjagaan batas aurat dan pergaulan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan remaja perempuan yang berumur 13, 14 dan 16 tahun. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik dan diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Data dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian faktor pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah menunjukkan, faktor guru dan ibu bapa/penjaga adalah tinggi berbanding faktor diri sendiri dan rakan berdasarkan min item faktor tertentu. Kajian ini mencadangkan agar pihak guru, ibu bapa/penjaga dan pihak berwajib memberi perhatian kepada kerohanian diri remaja dalam membina akidah yang mantap, serta keperibadian remaja muslim cemerlang kerana faktor diri sendiri adalah faktor penting dalam menjaga batas aurat dan pergaulan.

ABSTRACT
The influence of social problems is very much associated with the problems of taking care on aurat and intercommunication according to Islam as well as it gives impact on the lives of adolescents. This study attempts to analyse the factors that motivate knowledge and practice on aurat and female adolescent intercommunication limit at SMK Titingan, Tawau, Sabah. The design of this study is quantitative in the form of survey on female adolescents aged 13, 14 and 16. Data collection is through the instrument of questionnaire and processed through Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Data analysis is done through descriptive statistical analysis in terms of frequency, percentage and mean. The results show that teachers and parents/guardians are high compared to their own factors and friends based on the mean factor and certain factors. The development of positive theory and practice in a continuous way should be formed through education of faith by the parents, teachers and authorities so that it can lead adolescents to form the personality of real Muslims althought the own factors is more important to care on aurat and intercommunication according to Islam.


Full Text:

PDF

References


Abu A'la Maududi 1985. Sikap Islam Terhadap Pakaian. Terj. Mat Saad Abd Rahman. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

Afzalur Rahman. 1994. Ensiklopedia Sirah. Peranan Wanita Islam. Jilid V. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amaludin Ab. Rahman. 2005. Keperluan Perlaksanaan Kaunseling Islam dalam Menangani Masalah Sosial di Kalangan Remaja: Satu Kajian Kes di Pusat Pemulihan Akhlak di Malaysia. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asjad Mohamed. 2003. Sadd al-Dhara'i Terhadap Jenayah Zina dalam Syariat Islam. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azzyati Mohd Nazim. 2014. Peranan NGO Wanita Islam dalam Menangani Remaja Berisiko di Kuala Terengganu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Crow, S. M., Hartmen, S. J., Hammond, D. & Fok, L.Y. 1995. The Impact of Personality Factors on Sexual and Non-Sexual Harassment Sensitivity. New Orleans: University of New Orleans.

Fatimah Haji Omar. 2010. Bimbingan Untuk Wanita: Hukum Aurat dan Hijab. Selangor: Pustaka Ilmuwan.

Gruber, J.E & Bjorn, L. 1982. Blue-collar clues: The sexual harassment of women autoworker. Work and Occupations 9: 271-295.

Harian Metro. 2015. Statistik moral remaja kita. https://www.hmetro.com.my/node/36116 [11 Mac 2015].

Hashim @ Fauzi Mat Rani. 2002. Perlakuan Rogol dan Zina dari Segi Sosiologi dan Psikologi, Bagaimana Islam Menanganinya, Satu Kajian di Penjara Kajang. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2009. Pengkid. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Jawiah Dakir. 2000. Pakaian dan Perhiasan Wanita mengikut Perspektif Islam. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.

Johari Hj Alias. 1995. Perkara-perkara Asas Fardhu Ain. Kuala Lumpur: Darul Nu'man.

Julianto. 2011. Peranan keluarga dalam pendidikan karakter anak pada era globalisasi. Psikologi Pendidikan: 31-38.

Mohd Reduan Aslie. 1990. Jenayah di Malaysia: Aliran Punca Penyelesaian. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn Bhd.

Mohd Yusof Hj Othman. 2008. Gagasan pendekatan Islam hadhari untuk realiti masyarakat kini. Jurnal Hadhari: 29-52.

Mona Amin Kalhor. 2000. Impact of sexual harassment of women in work place: Self-Esteem as a resilience factor in coping and responding. Phd Dissertation, Carlos Albizu University, Miami, Forida.

Noor Ashikin Hamid, Fachri Bey Jamaris, Shariffah Nuridah Syed Nong Mohamad & Mursidin. 2013. Kesalahan Khalwat dalam kalangan remaja di Malaysia: Kajian perbandingan dengan Acheh, Indonesia. International seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC): 634-653.

Nur Syahidah Abdul Jalil. 2012. Menangani Zina dan Pembuangan Bayi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Paizah Ismail. 2004. Aurat wanita: Konsep dan hukum mengenainya. Jurnal Syariah 12(1): 21-42.

Qutb Sayyid. 2000. Tafsir fi Zilal al-Quran. Terj. Yusoff Zaky Yacob. Kota Bharu. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Sitti Nor Azizah Talata & Monica Gidong. 2014. Kes remaja hamil luar nikah membimbangkan. Sabah: www.sayangsabah.com [11 Mac 2015].

Sofiah Samsudin & Maziah Mahmud. 2013. Ikhtilat dan Tabarruj: Kajian terhadap prinsip dan disiplin surah Al Nur dan Al Ahzab. Quran Melonjak Transformasi Ummah: 371-379.

Syarifah Khadijah Syed Abu Bakar. 2002. Kedudukan Wanita Menurut Fiqh dan Undangundang Malaysia. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ummi Ridha Abu Bakar. 2005. Jenayah Rogol Terhadap Kanak-kanak Menurut Perspektif Islam dan Undang-undang Ciptaan: Kajian Kes dari Tahun 2000 hingga 2004 di Malaysia. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainudin Sharif & Norazmah Mohammad Roslan. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh Melaka. Journal of Education Psychology and Counseling: 115-140.

Zaiton Nasir. 1990. Ancaman seks di pejabat. Dewan Masyarakat 7 (12): 38.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari