PENDEKATAN MOTIVASI DALAM DAKWAH REMAJA (Motivation Approach of Dakwah for the Teenager)

Mohd Hamdan Abdullah, Fariza Md. Sham, A'dawiyah Ismail

Abstract


ABSTRAK

Remaja masa kini terdiri daripada golongan generasi Z. Mereka berhadapan dengan cabaran media sosial yang boleh mempengaruhi pemikiran, budaya, nilai dan pegangan agama. Jika tidak diurus dengan baik, golongan remaja boleh menyimpang dari budaya dan nilai-nilai Islam yang menjadi teras kepada budaya masyarakat di Malaysia. Untuk membentuk pemikiran, nilai dan akhlak golongan remaja, memerlukan satu pendekatan dakwah yang sesuai dengan zaman dan psikologi mereka. Salah satu pendekatan psikologi dakwah yang boleh digunakan untuk membimbing golongan remaja ialah melalui pendekatan motivasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep motivasi dan hubungannya dengan konsep al-Targhib dan al-Tarhib yang boleh diaplikasi kepada remaja ke arah meningkatkan kehidupan beragama dan mencegah mereka daripada terlibat dalam salah laku. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen al-Quran, hadis dan hasil kajian dalam bentuk buku, jurnal dan kertas kerja dijadikan rujukan asas. Setiap dokumen diteliti, analisis dan ditentukan tema yang sesuai untuk dijadikan sebagai hujah dalam perbincangan. Hasil kajian mendapati, konsep motivasi mempunyai persamaan dengan pendekatan dakwah iaitu al-Targhib dan al-Tarhib. Pendekatan al-Targhib dan al-Tarhib amat bersesuaian dalam pengkajian tentang kehidupan beragama remaja. Ini kerana dalam unsur alTarghib dan al-Tarhib, sesuai dengan fitrah manusia yang menyukai motivasi dan dorongan serta takut pada gertakan dan amaran. Pendekatan mampu membimbing dan mengingatkan manusia tentang ganjaran pahala dan syurga serta balasan dosa dan neraka. Peneguhan pendekatan al-Targhib dan al-Tarhib terhadap remaja bukan sahaja mampu mendorong ke arah kebaikan tetapi juga terdorong untuk meninggalkan segala kemungkaran, bagi membentuk jati diri yang teguh pegangan agama.

ABSTRACT

Recently, teenagers who are Z generation frequently facing with the variety of social media challenges which may influence their ways of thinking, culture, and their religious stands. Thus, they need to be guided thoroughly to avoid them diverting from true Islamic values which become the main culture practices in Malaysia. In order to build their thinking style, values and behaviours as good teenagers, there is a need of appropriate dakwah approaches that suit their psychology and time. One of the ways is by the motivational approach. Thus, this research was conducted to investigate the concept of motivation in relation to al-Targhib wa Tarhib concept which is applicable to the teenagers. This concept helps them by improving their ways of life as Muslims and preventing them from misconduct. The method used in the research documents analyses. al-Quran, hadith and research finding from the books, paperwork and journals are the main references. Each document was analysed and the theme was given accordingly as it can be discussion argument. The research found that motivational concept has a similarity as dakwah approach, al-Targhib wa Tarhib. This al-Targhib wa Tarhib motivational approach was compatible enough to study about the teenagers’ religious life. The concept follows the fitrah of the humans that love motivation and encouragement but fear of threats and warnings. This fitrah helps in guiding and reminding human about two things, the sins and the rewards and also the heaven and the hell. Besides, the affirmation of this approach will help in encouraging teenagers to do good deeds and leaving the evils doing which helps them in building strong self-identity and religious stand.


Full Text:

PDF

References


al-Quran al-Karim. 2010. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz). Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Ab. Aziz Mohd Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahmad Asmadi Sakat & Mohd Najib Abdul Kadir. 2003. Metode al-Targhib dan al-Tarhib dan Teori Motivasi Barat: Pelaksanaannya dalam Konteks Dakwah Serantau. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani, Anuar Puteh & H.A Yaakob Matondang (Pnyt.). Jaringan Dakwah MalaysiaIndonesia, hlm 75-96. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ainon Mohd. 2005. Panduan Menggunakan Teori Motivasi di Tempat Kerja. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Azman Che Omar. 2003. Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azyyati Mohd Nazim & Fariza Md Sham. 2016. Remaja Berisiko dan Peranan NGO Wanita. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.

Baharum Mohamad & Iliyas Hashim. 2009. Bagaimana Memotivasi Pelajar Teori, Konsep dan Kepentingan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. 2010. Al-Madkhal Ila ‛Ilmi al-Da‛wah. Beirut: Dar al-Risalah al-Alamiyah.

Dornyei, Z & Otto, I. 1998. Motivation in Action: A process model of 1.2 motivation. CILT Research Forum ‘Motivation in Language Learning’. http://www.cilt.org.uk/research/resfor3/dornyei.html [2 April 2015].

Dornyei, Z. 2001. Motivational Strategies in the Language Classroom. United Kingdom: Cambridge University Press.

Ee Ah Meng. 1997. Psikologi Pendidikan II. Shah Alam. Fajar Bakti.

Fariza Md Sham. 1997. Pengaruh Keluarga dan Hubungannya dengan Perkembangan Psikologi Remaja Muslim. Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fariza Md. Sham. 2005. Dakwah Kepada Remaja yang Mengalami Tekanan Emosi: Kajian di Kajang Selangor Darul Ehsan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fariza Md. Sham. 2006. Perkembangan Moral, Sosial Remaja dan Pendekatan Psikologi Dakwah. Dlm. Fariza Md Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib (pnyt.). Dakwah dan Kaunseling di Malaysia, hlm 65-71. Edisi Pertama. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fariza Md. Sham. 2013. Perkembangan Moral, Sosial Remaja dan Pendekatan Psikologi Dakwah. Dlm. Fariza Md Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib (pnyt.). Dakwah dan Kaunseling di Malaysia, hlm 63-70. Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fariza Md. Sham. 2015. Kemahiran Psikologi Dakwah kepada Golongan Remaja. Jurnal alHikmah 7(1) 2015: 95-101.

Gardner, R.C. 2003. Attitudes, motivation and second language learning: A meta-analysis of studies conducted. Language learning 53: 123-163.

Glueck, William F. 1980. Business Policy and Strategic Management. New York: McGraw-Hill Book.

H.M. Arifin. 1977. Psikologi Dakwah: Suatu Pengantar Studi. Jakarta: Bulan Bintang.

Haris Abd Wahab. 2004. Masalah sosial di bandar semenanjung Malaysia: Tinjauan daripada perspektif masyarakat Malaysia. http://repository.um.edu.my [10 Februari 2015].

Ideris Endot. 1997. Psikologi dakwah: Pembinaan sahsiah dalam pendidikan keluarga. Dlm Abdullah Muhammad Zin, Che Yusof Che Mamat & Ideris Endot (Pnyt.). Prinsip dan

Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia, hlm 149-158. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamaruzaman Kamaruddin. 2011. Psikologi Perkembangan. Tanjung Malim: UPSI.

Kamsiah Abdullah. 2000. Sikap, Penguasaan dan Penggunaan Bahasa Melayu di Singapura. Singapura: Asas 50.

Kamus Dewan. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Sayyid Muhammad al-Za’balawi. 2007. Pendidikan Islam Remaja Antara Islam dan Ilmu Jiwa. Terj. Abdul Hayyi al-Kattani. Jakarta: Gema Insani.

Masuriyati Yahya & Che Zarrina Sa’ari. 2016. Program zikrullah dan aktiviti kerohanian asas pembangunan spiritual golongan belia perlu perhatian (PP) dalam merealisasikan gagasan negara zikir Brunei Darussalam. Global Journal Al Thaqafah 6(1): 101-112.

Mohd Salleh Lebar. 2001. Pengenalan Ringkas: Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Batu Caves: Thinkers Library.

Mohd Sharani & Zainal Madon. 2003. Tips Pandai Belajar: Panduan Teknik-teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications.

Muhammad Hamid al-Nasir & Khaulah Darwish. 1997. Tarbiyyah al-Murahiq fi Rihab alIslam. Beirut: Dar Ibn Hazim.

Noor Naemah Abd Rahman. 2009. Usul Fiqh 1. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Nor Raudhah Siren. 2006. E-Dakwah: Kepentingan dan perlaksanaannya di Malaysia. Dlm Dakwah Islam Semasa: Konsep dan Perlaksanaannya. Nor Raudhah Hj. Siren et al. (pnyt.). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Saedah Siraj, Zainun Ishak & Tunku Mohani Tunku Mokhtar. 1996. Motivasi dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Spolsky, B. 1969. Attitudinal aspects of second language learning. Language Learning 19 (3): 271-283.

Taidin Suhaimin. t.th. Definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi. http://www.ugmc.bizland.com/ak-ertimotivasi.html [2 April 2015].

Yusof Zaky Yaacob. 1967. Saikologi Remaja. Kota Bharu: Pustaka Dian.

Zaydan, Abd al-Karim. 2000. Usul al-Da’wah. Beirut: Muassasah al-Risalah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari