PEMULIHAN AKHLAK DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA: KAJIAN DI BAITUL EHSAN DAN DAR ASSAADAH (Moral Rehabilitation in Woman’s Shelter: A Study at Baitul Ehsan and Dar Assaadah)
Abstract
ABSTRAK
Dalam konteks Malaysia, masyarakat kini sememangnya sedang bergelut dengan masalah keruntuhan akhlak yang begitu membimbangkan khususnya membabitkan golongan remaja, antaranya masalah kehamilan luar nikah. Hakikatnya, perbincangan mengenai topik akhlak telah mengisi hampir satu pertiga daripada kandungan alQuran. Selain itu, matlamat Nabi Muhammad SAW diutuskan juga adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Bertitik tolak dari kesedaran pelbagai pihak terhadap keutamaan akhlak sebagaimana yang ditekankan oleh Islam, maka usaha-usaha pemulihan akhlak kini giat dijalankan. Pusat perlindungan wanita menjadi antara institusi penting yang diwujudkan secara khusus bagi menjalankan proses pemulihan akhlak remaja bermasalah, sebagai contoh pusat perlindungan wanita Baitul Ehsan (BES) dan Kompleks Dar Assaadah (KDS). Justeru, satu kajian dijalankan bagi melihat sejauh manakah kedua-dua pusat perlindungan ini komited dalam menjalankan usaha-usaha pemulihan akhlak remaja bermasalah. Kajian kualitatif ini menggunakan beberapa teknik pengumpulan data iaitu dokumentasi, pemerhatian serta temu bual ke atas 6 orang kakitangan dari kedua-dua pusat perlindungan tersebut. Hasil kajian mendapati BES dan KDS memanfaatkan tempoh perlindungan pelatih dengan mewujudkan beberapa platform penting bagi tujuan pemulihan akhlak iaitu penganjuran kelas pemantapan ilmu agama dan kemahiran, pelaksanaan aktiviti berbentuk kerohanian dan ketahanan fizikal serta penguatkuasaan peraturan. Ringkasnya, kajian juga mendapati kesemua platform yang digunakan selari dengan konsep penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs) sebagaimana yang disarankan oleh Islam bagi tujuan memperbaiki akhlak manusia ke arah yang lebih baik.
ABSTRACT
In Malaysia, the society is suffering with critical moral issues involving teenagers, some of it is unwed pregnancy. In reality, the discussion of moral aspects consumed one third in the content of Holy Quran. Other that, the objective of Prophet Muhammad’s envoy is to repair people’s moral. By the consciousness of everyone for moral importance as emphasized in Islam, so the efforts of moral rehabilitation is widely executed. Women shelter has became one of important institutions created specifically to run the process of rehabilitation of problematic teenagers such as women shelter Baitul Ehsan (BES) and Kompleks Dar Assaadah (KDS). Thus, a study has been done to investigate how far both these institutions being committed in rehabilitating problematic teenagers. This qualitative research used few techniques of data collection that is documentations, surveys and interviews to 6 staffs from both shelter homes. The results obtained showed BES and KDS benefit the protection period of the participants by creating few platforms for moral rehabilitations such as organizing religion stabilization class and skills, religious activities and physical defense along side with law enforcement. In simple words, research shows that all platforms used aligned with concept of soul cleanse (tazkiyat al-nafs) as recommended by Islam to repair human moral towards the better level.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa & Ahmad Munawar. 2012. Memperkasakan jati diri melayu Muslim menerusi pendidikan Islam dalam pengajaran akhlak. Jurnal Hadhari Special Edition: 23-35.
Abdullah Nasih Ulwan. 2012. Pendidikan Anak-anak dalam Islam. Jilid 2. Singapura: Pustaka Nasional Ptd. Ltd.
Abdul Rahman Md. Aroff. 1999. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
al-‘Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar. t.t. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, Tahqiq ‘Abd al-‘Aziz Ibn ‘Abd Allah Ibn Baz, Juz 1. Beirut: Dar al-Ma’rifat.
Anon. 2011a. Pamplet Dar Assaadah. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Anon. 2011b. Silibus Dar Assaadah-Kelas Kemahiran (Jahitan). Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Anon. 2014. Pamplet Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. 2014. Selangor: Unit ArRiqab Majlis Agama Islam Selangor.
Aspalela Hassan. 2011. Modul Pemulihan Kompleks Dar Assaadah. Temu bual, 03 Oktober.
Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2007. Penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah masa kini. Jurnal YADIM (9): 16-32.
Azizi Yahaya, Yow Kiaw Geok & Amir Hamzah Abdul. 2008. Keberkesanan Program Pemulihan Akhlak di Sekolah Henry Gurney Tunas Bakti. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah. 2000. Mawsuat al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam.
Dayana Farzeeha Ali, Muhammad Khair Noordin, Ahmad Nabil Md. Nasir, Nura’in Baharin & Mohd. Safarin Nordin. 2010. Program Latihan Kemahiran Vokasional Terhadap Pelatih-Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka. Kertas kerja Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3TVE09. Anjuran Fakulti Pendidikan dan Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, 9-10 Disember.
al-Darimi, ‘Abd-Allah Ibn ‘Abd al-Rahman Ibn al-Fadhl Ibn Bahram Ibn ‘Abd al-Samad. 2000. Mawsuat al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam.
Faezah Abdullah. 2011. Kelas Jahitan Kompleks Dar Assaadah. Temu bual, 05 Mei.
Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd. Suhaimi Mohamad, Noremy Md. Akhir & Salina Nen. 2012. Memperkasakan pengetahuan agama dalam kalangan remaja bermasalah tingkah laku: Ke arah pembentukan akhlak remaja sejahtera. Journal of Social Sciences and Humanities 7(1): 84-93.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 2010. Ihya ‘ulum al-Din’. Jil. 1. Terj. Ali Muhammad Mustafa & Sa’id al-Muhasini. Damshiq: Dar al-Fayha.
Ibn Manzur. t.th. Lisan al-‘Arab. Kaherah: Dar al-Ma’arif.
Jawiah Dakir, Siti Rugayah Tibek & Adawiyah Ismail. 2009. Bimbingan agama dan metodologi dakwah di institusi pemulihan: Kajian kes di Penjara Wanita Kajang, Selangor. Jurnal ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia) 2: 9-20.
Kaminur Nasir. 2014. Pelaksanaan Modul Agama Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Temu bual, 26 Ogos.
Khairul Hamimah Mohd. Jodi. 2013. Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Modul Pembangunan Wanita Bermasalah di Malaysia: Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis PhD. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Khairul Hamimah Mohammad Jodi. 2004. Masalah Akhlak di Kalangan Pelajar IPTS dan Hubungannya dengan Akidah. Satu Kajian di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan Hassan. 2009. Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar: Satu kajian kes. Jurnal of Islamic and Arabic Education 1(2): 1-14.
Miskawaih, Abu Ali Ahmad Ibn Muhammad. t.th. Tahdzib al-Akhlaq wa Tathhir al-A’raq Beirut: Mansyurat Dar Maktabah al-Hayat.
Mohd. Makhi Adnan. 2014. Pelaksanaan Modul Agama Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Temu bual, 26 Ogos.
Modul Transformasi Ehsan 1957. 2014. Selangor: Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
Muslim, al-Imam al-Hafiz Abi al-Husayn Muslim Ibn al-Hajaj al-Naysaburi. 2000. Mawsuat al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam
Nor Afniza Kahpi. 2014. Pendaftaran Pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Temu bual, 25 Ogos.
Nazirah Hassan & Tuan Sharifah Diana Syed Ahmad. 2013. Psikopati dan residivisme dalam kalangan pelatih lelaki di sebuah institusi pemulihan akhlak remaja. Journal of Psychology & Human Development: 1-11.
Norhafizah Tohalus. 2011. Modul Pembelajaran Agama tahap 1, 2 dan 3, Dar Assaadah. Temubual, 05 Mei.
Nor Jana Saim, Mona Dufaker, Malin Eriksson & Mehdi Ghazinour. 2013. Listen to the Voices of Unwed Teenage Mothers in Malaysian Shelter Homes: An Explorative Study. Global Journal of Health Science 5(5): 20-30.
Pemerhatian di Kompleks Dar Assaadah. 2011. 3-10 Mei.
Pemerhatian di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. 2014 25-28 Ogos.
Rohana Hamzah. 2010. Mengenali Manusia: Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. Skudai: Penerbit UTM Press.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2017-0902-06
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari