PANDUAN SYARIAH UNTUK IBU BAPA MENANGANI PERILAKU SEKSUAL REMAJA AUTISME (Islamic Guidance for Parents in Dealing the Sexual Behaviour of Adolescent with Autism)

Fariza Md Sham, Salmihah Che Mud, Manisah Mohd Ali, Zuliza Mohd Kusrin, Rosmawati Mohamad Rasit, Siti Norlina Muhammad

Abstract


ABSTRAK

Perilaku seksual bermula apabila berlaku perubahan organ biologi akibat kematangan organ pembiakan. Mereka mempamerkan perilaku seksual di khayalak ramai kerana tidak memahami situasi berikut berlawanan dengan norma masyarakat. Merujuk kepada permasalahan, sehingga kini masih tiada lagi pendekatan yang boleh diikuti oleh ibu bapa dalam mengawal tindakan remaja autisme mengikut ketetapan Islam masih terhad. Kebanyakan pada hari ini bersumberkan Barat. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina garis panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Kajian ini menggunakan temu bual sebagai kaedah utama untuk mendapatkan maklumat berkaitan perilaku seksual remaja autisme. Temu bual dijalankan bersama ibu bapa yang mempunyai anak remaja autisme. Kajian ini turut mendapat maklumat melalui perbincangan meja bulat yang diadakan sebanyak 5 kali dalam usaha mengemaskan lagi pembinaan garis panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Hasil kajian mendapati ibu bapa amat memerlukan satu garis panduan syariah yang memuatkan tatacara untuk diajarkan kepada anak remaja autisme mereka. Oleh itu, dalam kajian ini turut memuatkan tatacara didikan ibu bapa kepada remaja autisme dan larangan keagamaan untuk mengurangkan kecenderungan perilaku seksual agar dapat digunapakai dalam memberi pendidikan kepada anak remaja autisme . Sumbangan kajian membuktikan pendidikan agama berupaya mendidik perilaku seksual remaja autisme. Implikasi kajian mencadangkan agar garis panduan syariah ini dapat digunapakai oleh ibu bapa, guru, masyarakat dan pihak yang berkaitan seperti JAKIM, KPWKM, JKM dan NGO dalam usaha menangani perilaku seksual dalam kalangan remaja autisme.

ABSTRACT

Sexual behaviour begins when changes in biological organ occurs due to reproductive organ’s maturity. They will show sexual behaviour in a crowd because it does not understand that these situations are contrary to the norms of society. Referring to the problem, nowadays the form of guidelines according to Islam may be followed by parents in controlling the actions of adolescent with autism is still rigid. Most of today is derived from the West. Therefore, this study aims to build Sharia guidelines for parents in dealing with the sexual behavior of adolescent with autism. This study used interviews as main method information obtaining related to sexual behavior of adolescent with autism. Interviews are conducted with parents who have adolescent with autism. It also received information through roundtable discussion held 5 times in order to refine the Sharia guidelines for parents in dealing with the sexual behaviour of adolescent with autism. The study found the parents really need a set of guidelines procedures of Sharia are taught to their adolescent with autism. Thus, in this study also includes parental education procedures for adolescent with autism and religious restrictions to reduce the tendency of sexual behavior to be used in educating adolescent with autism. The contribution of religious education studies proved capable to educate adolescent with autism sexual behaviour. The implication of the study suggested that this syariah guidelines can be used by parents, teachers, communities and related parties such as JAKIM, KPWKM, JKM and NGOs in addressing sexual behavior among adolescent with autism.


Full Text:

PDF

References


al-Quran al-Karim.

American Psychiatric Association (APA). 1995. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder Fifth Edition (DSM-V). Washington DC: American Psychiatric Association.

Fariza Md Sham & Jawiah Dakir. 2016. Perkembangan Emosi Remaja Dari Perspektif Psikologi Dakwah. Dlm. Psikologi Islam Falsafah Teori dan Falsafah. Khaidzir Ismail, Jawiah Dakir, Fariza Md Sham & Hanina Halimatusaadiah Hamsan (pnyt.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Ghazali. 1988. Ihya’ Ulum al-Din. Terj. TK. H. Ismail Yakub MA. Jil. 1-4. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Hans Hellemans. 2007. Sexual Behaviour in high-functioning male adolescents and young adults with autism spectrum disorder. Journal Autism Spectrum Disorder (37): 260-269.

Merriam, S. B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Second Edition. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd Zaini Mat Abas. 2015. Tingkah Laku Seksual Pelajar Autisme di Sekolah. Perbincangan Meja Bulat Garis Panduan Dalam Menangani Perilaku Seksual Remaja Autisme, 23 Mac.

Norfishah Mat Rabi. 2015. Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Nor Zulia Samiran. 2015. Tingkah Laku Seksual Pelajar Autisme di Sekolah. Perbincangan Meja Bulat Garis Panduan Dalam Menangani Perilaku Seksual Remaja Autisme, 23 Mac.

Sa’id Hawwa. 1999. Mensucikan Jiwa. Jakarta: Darus Salam.

Salmihah Che Mud. 2016. Pendekatan dakwah Yayasan al-Fakeh dalam menangani perilaku seksual remaja autisme. Tesis Master. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sukinah. 2010. Perilaku seksual remaja autis. Jurnal Pendidikan 159-169.

al-Syaikh Ahmad al-Qattan. 2010. Pendidikan Anak Cemerlang Menurut al-Quran dan as- Sunnah. Batu Caves: Pustaka Ilmi.

Tilton, Adelle Jameson. 2014. Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme. Terj. Zamaliah Mohd Marjan. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn.Bhd.

Zuraini binti Yaakub & Zuliza Mohd Kusrin. 2014. Amalan intervensi perilaku seksual remaja Autistic Spectrum Disorders (ASD) di Malaysia dan keharusannya menurut syarak. Prosiding Kolokium Siswazah Syariah Peringkat Kebangsaan 2014, hlm. 20-32.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari