KEPATUHAN AGAMA ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN UMMAH: KES TAHAP KEPATUHAN AGAMA WARGA TUA WANITA FELDA CHIKU, KELANTAN (Religious Obedience is A Foundation to the Formation of Ummah Civilization: The Case of Religious Obedience of the ElderlyWomen of ..........

Wan Ibrahim Wan Ahmad, Zainab Ismail, Muhammad Hafeez Zakaria, Siti Hawa Madan, Faraha Abdullah, Noredayu Abdul Ghani, Noraini Mohd Tajudin

Abstract


ABSTRAK

Akhir-akhir ini isu berkaitan warga tua menjadi semakin penting dalam agenda semua negara termasuk Malaysia. Salah satu isu yang boleh diberikan tumpuan ialah isu berkaitan tahap kepatuhan agama golongan ini. Tahap kepatuhan agama warga tua berbeza-beza di antara seorang warga tua dengan warga tua yang lain. Ada warga tua yang patuh kepada agama, sementara ada warga tua yang lain pula masih leka walaupun sudah menjangkau umur lanjut. Untuk itu makalah ini bertujuan meneroka permasalahan tahap kepatuhan agama warga tua ini dengan tumpuan khusus ke atas warga tua wanita di Felda Chiku, Gua Musang Kelantan. Berasaskan sampel 70 orang penduduk wanita berumur 50 tahun dan lebih yang dipilih secara rawak mudah, hasil kajian menunjukkan hampir keseluruhan mereka mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang tinggi. Warga tua yang mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang sederhana  dan  rendah  adalah  tidak  signifikan.  Implikasi  dari  penemuan  ini ialah pelbagai program keagamaan perlu terus diaktifkan dalam masyarakat agar semua penduduk mempunyai kesedaran untuk mematuhi suruhan dan larangan agama dalam kehidupan.

ABSTRACT

In recent years, issues of elderly people are becoming increasingly prominent on the agenda of all countries, including Malaysia. One of the issues to be focused on is the issue of the levels of religious obedience. The level of religious obedience is different between the elderly. Some elderly are obedience while some others are neglecting it at their old age. The aim of this article is to explore religious obedience of elderly people with reference to elderly women in Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan. Based on 70 elderly women aged 50 years and above as samples selected through random sampling, the result shows that most of the elderly women have a relatively high religious obedience. The elderly women who have a moderate and lower level of religious obedience are not statistically significant. The implication of this finding is religious programs should be activated to help community members to be aware of religious obligation in their daily life.


Full Text:

PDF

References


Heisil, M.A. 1984. Ageing in the developing world. Population Studies 11(2): 37-51.

Jean Pala. 2005. Aliran penuaan penduduk di Malaysia. Siri Monograf No. I. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kinsella, Kevin & Taeuber, Cynthia M. 1993. An aging world II. U.S. Bureau of the Census, international population reports P95/92-3. Washington D.C: U.S Government Printing.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 1988. World population prospect: Estimates and projection as assessed in 1982. New York: Department of International Economics and Social Affair.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 1991. Sex and age distributions of population. New York: Department of International Economics and Social Affair.

Tunku Shamsul Bahrin, Perera dan Lim Heng Kow. 1992. Kemajuan tanah dan penempatan semula di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Ibrahim Wan Ahmad, Zainab Ismail, Muhammad Hafeez Zakaria, Siti Hawa Madan, Faraha Abdullah, Noredayu Abdul Ghani & Noraini Mohd Tajudin. 2011. Konsep kendiri wanita di Felda Chiku 01, Gua Musang, Kelantan. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari