Islam Hadhari Kasiasah al - Daulah Fi Istijabah Lilanfi al Dini Wal irhab (Islam Hadhari as a State Policy in Responding to Religious Violence and Terrorism

Othman Talib, Badlihisham Mohd Nasir

Abstract


Islam Hadhari yang diperkenalkan selepas kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya 2004 menjadi semakin popular di Malaysia. Adalah diperakui bahawa Islam Hadhari adalah suatu konsep baru diperkenalkan yang boleh diaplikasikan sebagai Polisi Negara bagi mengurus Malaysia dalam era moden. Ia adalah suatu pendekatan hasil kesinambungan Penerapan Nilai-nilai Islam yang diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Tun Mahathir Mohamad pada era 1980an. Bagi parti yang memerintah kerajaan, Islam Hadhari adalah suatu konsep yang mempromosikan Islam dengan pendekatan yang sederhana dalam konteks negara Malaysia semasa. Sejak ia diperkenalkan sejurus selepas Peristiwa 11 September 2001, konsep ini boleh dianggap sebagai polisi terbaik dalam menangani keganasan agama di seluruh dunia. Sebagai bangsa yang pernah berhadapan dengan kesukaran dalam menegakkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa, konsep ini dipercayai boleh berperanan sebagai kaedah terkini dalam melaksanakan polisi Islam di dalam masyarakat Malaysia. Artikel ini pertamanya membincangkan tentang keperluan Malaysia kepada polisi ini bagi menjamin kemanan dan keharmonian. Kedua, ia mengkaji konsep Islam Hadhari seperti yang difahami oleh kerajaan khasnya dalam konteks menangani keganasan agama. Penilaian ringkas tentang keberkesanan polisi berkenaan akhirnya dibincangkan dalam artikel ini.


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghafur Surip. 2008. Pengurusan Islam Hadhari di JAKIM: Masalah dan Cabaran. Tesis PhD. Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Badlihisham Mohd Nasir. 2000. Dakwah Dalam Gerakan Islam: Sorotan Terhadap PAS, ABIM dan JIM. Dlm. Badlihisham Mohd Nasir et.al. Dakwah Gerakan Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Esposito, J.L. & John O.V. 1996. Islam And Democracy. Oxford: Oxford University Press.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2004. Islam Hadhari An Explanation. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Razaliegh Kawangit. 2006. The Management of Islam Hadhari. Bangi. Pusat Islam. UKM.

Simon Barraclough. 1985. The Dynamics of Coercion in The Malaysian Political Process. Modern Asian Studies 19(4): 780-798.

Simon Barraclough. 1986. A Dictionary Of Malaysian Politics. 1998. Singapore: Heinemann Asia.

Abuza, Zachary. 2005. Militant Islam in Southeast Asia The Crucible Of Terror 2005. Lynne Rienner Publisher Inc. Colorado.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2010-0202-05

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari