KONSEP HISBAH DAN PERANANNYA DALAM PENGUATKUASAAN HALAL DI MALAYSIA: ANALISIS PERUNDANGAN DAN PELAKSANAAN (The Concept of Hisbah and Its Role in Halal Enforcement in Malaysia: A Legal and Implementation Analysis)

Mohd Azahar Jantan, Suhaizad Saifuddin, Fatimah Yusro Hashim, Abdul Jamil

Abstract


ABSTRAK

Industri halal mempunyai potensi besar untuk berkembang di peringkat domestik dan global, didorong oleh populasi Muslim dunia yang dianggarkan melebihi 1.9 bilion. Namun demikian, perkembangan pesat ini turut disertai pelbagai cabaran seperti penipuan, ketidakjelasan sumber bahan, penyalahgunaan logo halal serta pelanggaran keperluan syariah dan teknikal. Walaupun penguatkuasaan halal merupakan mekanisme penting dalam menangani isu-isu tersebut, kerangka pelaksanaannya di Malaysia masih dilihat kompleks serta kurang difahami oleh pengguna dan pemain industri. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menganalisis konsep dan prinsip hisbah dalam Islam serta hubungannya dengan pengawasan industri halal. Kajian ini turut meneliti kerangka perundangan dan struktur penguatkuasaan halal di Malaysia, di samping mengenal pasti cabaran pelaksanaan dan mencadangkan langkah penambahbaikan yang bersesuaian. Pendekatan kualitatif digunakan melalui kaedah analisis dokumen yang melibatkan sumber seperti buku ilmiah, artikel jurnal, laporan rasmi dan dokumen perundangan. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prinsip hisbah yang berteraskan konsep amar ma‘ruf nahi munkar memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh ketelusan, pematuhan syariah dan integriti dalam industri halal. Walaubagaimanapun, beberapa cabaran utama dikenal pasti, termasuk penyalahgunaan logo halal, kelemahan koordinasi antara agensi penguatkuasaan, tahap kesedaran pengguna yang rendah serta peningkatan risiko penipuan dalam persekitaran digital.Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan pengukuhan kerangka perundangan, peningkatan kapasiti institusi, pelaksanaan latihan khusus serta integrasi teknologi dalam rantaian bekalan halal bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Selain itu, kajian ini membangunkan satu model konseptual tadbir urus halal berasaskan prinsip hisbah yang mengintegrasikan dimensi normatif syariah dengan mekanisme penguatkuasaan moden. Model ini berpotensi menjadi kerangka analitikal dalam memperkukuh sistem penguatkuasaan halal yang lebih holistik dan bersepadu.

ABSTRACT

The halal industry has significant potential to grow at both domestic and global levels, driven by the global Muslim population estimated to exceed 1.9 billion. However, this rapid development is accompanied by various challenges such as fraud, lack of transparency in the sourcing of materials, misuse of halal logos, as well as violations of Shariah and technical requirements. Although halal enforcement is an important mechanism in addressing these issues, its implementation framework in Malaysia is still perceived as complex and is not well understood by consumers and industry players. Accordingly, this article aims to analyse the concept and principles of hisbah in Islam and its relationship with the supervision of the halal industry. This study also examines the legal framework and structure of halal enforcement in Malaysia, while identifying implementation challenges and proposing appropriate improvement measures. A qualitative approach is employed through document analysis involving sources such as scholarly books, journal articles, official reports, and legal documents. The data are analysed using thematic content analysis. The findings indicate that the principles of hisbah, which are based on the concept of amar ma‘ruf nahi munkar, play a significant role in strengthening transparency, Shariah compliance, and integrity within the halal industry. Nevertheless, several key challenges are identified, including the misuse of halal logos, weak coordination among enforcement agencies, low levels of consumer awareness, as well as the increasing risk of fraud in the digital environment. Accordingly, this study proposes the strengthening of the legal framework, enhancement of institutional capacity, implementation of specialised training, as well as the integration of technology within the halal supply chain to improve enforcement effectiveness. In addition, this study develops a conceptual model of halal governance based on the principles of hisbah, which integrates the normative dimensions of Shariah with modern enforcement mechanisms. This model has the potential to serve as an analytical framework in strengthening a more holistic and integrated halal enforcement system.


Full Text:

PDF

References


Baharudin Othman et al. 2019. The effect of halal certification approach on performance among Small and Medium Enterprises (SMEs) in Malaysia. Jurnal Hadhari 11 (1): 119-121.

Bakar, M. S. A., W. F. A. W. Zakaria & K. Salleh. 2016. Cabaran institusi hisbah dalam dunia kontemporari serta usaha-usaha bagi memperkasakannya. Jurnal Ilmi 6: 55-68.

Basit, A., S. Sahilah, M. Rodzi & Fakulti Pendidikan. n.d. Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Makanan Berlogo Halal. Kertas kerja tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Dimon, Z. 2020. Undang-undang berkaitan produk halal di Malaysia: Perbandingan kesalahan penyalahgunaan tanda halal di peringkat negeri. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah 7 (1): 37-48.

Drahman, A. & S. Ab. Rahman. 2019. Konsep dan aplikasi hisbah dalam perniagaan produk halal. Journal of Fatwa Management and Research 18 (1): 25-44.

Fauzan,Indra & Nidzam Sulaiman 2019 . Transisi kepimpinan dan pembentukan nilai integriti dalam organisasi. Jurnal Hadhari: An International Journal 15 (2): 219-244.

Hazban, N. & Z. Nasohah. 2023. Penguatkuasaan undang-undang status halal premis makanan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 8 (2): e002099.

Husna, A., K. Effendi Hashim & A. Rashada Affendi. 2023. Analisis Undang-Undang dalam Membasmi Isu Halal. Journal of Management & Muamalah 13(1): 56-68.

Husna, A., M. Wong & A. S. Osman. 2022. The Enforcement of Halal Compliance by Authorities in the Halal Industry. Environment-Behaviour Proceedings Journal 7:543–548.

Ibrahim, A. Q., A. G. Don & M. F. Asha’ari. 2018. Konsep hisbah dan kepentingan dalam pengurusan hal ehwal Islam. Al-Hikmah 10 (1): 55-78.

Jaafar, A. J., M. T. Ibrahim & H. Ismail. 2021. Hisbah institution and its role environmental conservation in Islamic Civilization. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 22 (1): 27–35.

Mahadi, Mohd Hidayat, Muhammad Hilmi Jalil, Ahmad Munawar Ismail & Shawal Sahid Hamid. 2023. Tingkah laku organisasi menurut perspektif Islam: kajian terhadap iklim etika, kepimpinan beretika dan tingkah laku positif. Jurnal Hadhari: An International Journal 15 (2): 219-244.

Malaysia’s Position in the Global Islamic Economy. 2024.

Mazlan, M. & N. A. Jakaria. 2023. Keperluan hisbah dalam amalan etika akademik. Jurnal Ulwan 8 (3): 338-347.

Makhsin, Mardzelah. 2008. Hisbah: Sistem Pengawasan dan Etika Pengurusan Islam. Sintok: UUM Press.

Mohammed, Muhammad Izzat & Muhammad Hakimi Shafai. 2021. Sekuriti makanan berlandaskan konsep halalan toyyiban: Analisis dari perspektif maqasid shariah. Jurnal Hadhari 13 (2): 221-243.

Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria & Kamaruddin Salleh. 2014. Perlaksanaan hisbah di malaysia pada masa kini: Perkembangan dan halangan. Al-Hikmah 6 (2): 167-185.

Nurul Hidayah Che Hassan, Aliya Yasmin Mohamad Nizam, Md Hamzaimi Azrol Md Baharudin & Siti Zafrina Mohd Zahari. 2025. Enforcement of halal certification compliance in food outlets: Hygiene perspective. International Journal of Research and Innovation in Social Science 9 (6): 1304-1313.

Omar, A. F. 2023. The Role of Hisbah Institution in Governing Ihtikar Activities in Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies 31(2): 122-131.

Saifuddin, S., Tajuddin, H. H. A., Arif, M. I. A. M., Al-Maslamawi, F. A. R. A. & Sefriani. 2025. The challenges of enforcement for Syariah criminal offences pertaining to aqidah on social media. Islamiyyat 47(1): 194-204. https://doi.org/10.17576/ islamiyyat-2025-4701-16.

Saifuddin, S., Tajuddin, H. H. A. & Hashim, F. Y. 2025. Meneroka perspektif Islam berhubung dengan penahanan reman dan penambahbaikan undang-undang tatacara jenayah syariah di Malaysia. Akademika 95(1): 477-495. https://doi.org/10.17576/ akad-2025-9501-27.

Saifuddin, S., Hashim, F. Y., Zahir, M. Z. M. & Ab Halim, A. H. 2025. Enforcement of sharia criminal offences in cyberspace: Challenges from Malaysian legal perspective. Prophetic Law Review 7(1): 25-46. https://doi.org/10.20885/PLR.vol7.iss1.art2.

Wong, M. S. M. A. & A. H. A. Halim. 2021. Konsep hisbah dalam penguatkuasaan pematuhan halal di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 22 (3): 129-140.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2026-1801-07

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari