Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu (Use of i-Think Thinking Maps in Understanding KOMSAS Bahasa Melayu)

ABDUL RASID JAMIAN, MARTINI MISDON, AZHAR MOHD SABIL

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan penggunaan lapan peta pemikiran i-Think dalam pemahaman KOMSAS bagi genre novel. Kajian ini melibatkan sebanyak 60 orang murid Tingkatan Empat daripada dua buah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, di Serdang, Selangor. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen bagi melihat pencapaian murid dalam pemahaman KOMSAS. Instrumen yang digunakan bagi soalan praujian dan pascaujian ialah enam soalan novel yang bertajuk PAPA (akhirnya kau tewas jua!). Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Pemerolehan data telah dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu melibatkan ujian t, min dan sisihan piawai. Hasil daripada analisis ujian t dalam pascaujian, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pemahaman KOMSAS Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Eksperimen, t (58) = 2.189, p = 0.033 (signifikan jika p < 0.05). Walaupun peningkatan skornya adalah sederhana namun, penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pemahaman KOMSAS. Selain itu, dapatan juga menunjukkan adanya peningkatan dalam skor pascaujian berbanding praujian bagi Kumpulan Eksperimen, iaitu t (29) = -14.194 dan p = 0.000 (signifikan jika p < 0.05).  Dapatan yang seterusnya dilihat daripada analisis ujian-t dalam pascaujian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian murid bukan Melayu dalam pemahaman KOMSAS antara Kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan Kawalan, iaitu t (41) = 2.929 dan p = 0.006, (signifikan jika p < 0.05). Hasil kajian menunjukkan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think yang digunakan dalam proses PdP memudahkan murid memahami jalan cerita sesebuah novel yang dipelajari dan menggalakkan proses Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penggunaan kaedah ini telah meningkatkan pemahaman murid terhadap elemen sastera dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Oleh itu, murid dapat menguasai hasil pembelajaran Bahasa Melayu dan KBAT dengan lebih berkesan sekaligus meningkatkan motivasi diri untuk terus mempelajari KOMSAS.

Kata kunci: KOMSAS, peta pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi dan teks novel

 

This study was conducted to analyze the effectiveness of the use of thinking maps eight i-Think in KOMSAS understanding of genre novel. The study involved 60 Form Four students from two classes in the same school at one of National Secondary School, Serdang, Selangor. They are divided into two groups, the experimental group and control group. Researchers have used a quasi-experimental study design for the look student achievement in understanding KOMSAS. Instruments used for pre-tests and post-tests question is six questions novel titled PAPA ... (Have you lost anything!). Answers should be written in essay form. Acquisition of data has been analyzed by researchers using quantitative methods, which involve the t-test, the mean and standard deviation. The results of t-test analysis in post-tests, the researchers found a significant difference between the achievement level of understanding KOMSAS with Control Group Experimental Group, t (58) = 2.189, p = 0.033 (significant if p <0.05). Despite the increase in the score was simple, the use of thinking maps i-Think can improve student achievement in understanding KOMSAS. In addition, the findings also showed an increase in post-tests than the pretest score for the experimental group, the t (29) = -14 194 and p = 0.000 (significant if p <0.05). The findings of the subsequent visits of t-test analysis in post-tests found significant differences achievement of students of non-Malays in understanding KOMSAS between the Experimental Group and Control Group, the t (41) = 2,929 and p = 0.006, (significant if p <0.05), The results showed that the use of i-Think thoughts of the map used in the PDP process can facilitate students to understand the story of a novel study and promote the process of Higher Order Thinking Skills (HOTS). The use of this method has improved the students' understanding of literary elements in KOMSAS Malay language learning. Therefore, students can master the Malay language learning and KBAT more effectively thus increasing the motivation to continue to learn KOMSAS.

Keywords: KOMSAS, thinking maps , high order thinking skill and text novel


Keywords


Education, Teaching and learning

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823