Analisis Pelaksanaan Penyerahan Saman Penghutang Penghakiman Dan Amalan Negeri-Negeri Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Abstract
Judgment Debtor Summons (SPP) is a form of summons or order issued by the court to be served on the debtor. The debtor must commit to appearing in court after receiving the summons from the court notice sender, court bailiff or any person provided for in the law. However, there are several implementations or practices from different states. There are two research questions regarding the implementation of serving summons in the MS 43 form, namely regarding the replacement summons whether it is allowed or not and also regarding the supporting affidavit in the MS 26 form whether it is necessary to serve or not. The purpose of this study is to critically examine the service of summons carried out by states with different implementations that have caused conflict. The methodology of this study uses qualitative methods in data collection, namely data obtained from fiqh books, journals, proceeding papers, thesis studies and court cases. Apart from that, the field method is also used, namely the unstructured interview method. The interview will interview with lawyers, notice senders and court bailiffs in selected states. The results of the study found that, out of the seven randomly selected states, only the state of Melaka is not allowed to issue a summons in lieu, while other states are allowed in lieu through patching. Apart from that, the submission of summons together with a supporting affidavit of MS 26 is in the states of Pahang, Kedah, Perak and Selangor. While the states that are not accompanied by summons together with a supporting affidavit are the states of Penang, Melaka and Perlis. The suggestion from this study is the need to coordinate all states by including special legal provisions, namely in the act/enactment of the syariah court civil procedure so that there is no conflict involving the submission of summons together with a supporting affidavit which can lead to a long trial. This is because, SPP is only an inquisitorial investigation between the judge and the debtor.
ABSTRAK
Saman Penghutang Penghakiman (SPP) adalah satu bentuk saman atau perintah yang dikeluarkan daripada mahkamah untuk diserahkan kepada penghutang. Penghutang perlu memberi komitmen untuk hadir ke mahkamah setelah menerima saman tersebut daripada penghantar notis mahkamah, bailif mahkamah atau mana-mana orang yang diperuntukan dalam undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pelaksanaan atau pengamalan daripada negeri-negeri yang berbeza. Terdapat dua persoalan kajian mengenai pelaksanaan penyerahan saman dalam borang MS 43 iaitu mengenai saman gantian sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan dan juga mengenai afidavit sokongan dalam borang MS 26 sama ada perlu dibuat serahan atau tidak. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti secara kritis mengenai penyerahan saman yang dilakukan oleh negeri-negeri yang berbeza pelaksanaannya yang telah menimbulkan konflik. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara pengumpulan data iaitu data-data diperoleh daripada kitab-kitab fiqh, jurnal, kertas prosiding, kajian tesis dan kes-kes di mahkamah. Selain daripada itu, kaedah lapangan juga digunakan iaitu metod temu bual secara tidak berstruktur. Temu bual tersebut akan menemu bual bersama peguam, penghantar notis dan bailif mahkamah di negeri-negeri yang terpilih. Hasil kajian mendapati, amalan daripada tujuh negeri yang dipilih secara rawak, hanya negeri Melaka sahaja yang tidak dibenarkan untuk dilakukan saman secara gantian, manakala negeri-negeri lain dibenarkan dengan cara gantian melalui tampalan. Selain daripada itu, penyerahan saman bersekali dengan afidavit sokongan MS 26 adalah negeri Pahang, Kedah, Perak dan Selangor. Manakala negeri-negeri yang tidak disertakan saman bersekali dengan afidavit sokongan adalah negeri Pulau Pinang, Melaka dan Perlis. Cadangan daripada kajian ini adalah perlunya diselaraskan kesemua negeri dengan memasukkan peruntukan undang-undang khas iaitu di dalam akta/enakmen tatacara mal mahkamah syariah agar tidak berlaku konflik yang melibatkan penyerahan saman bersekali dengan afidavit sokongan yang boleh menimbulkan perbicaraan yang panjang. Hal ini kerana, SPP hanyalah penyiasatan secara inquisitorial sahaja di antara hakim dengan penghutang.
Kata Kunci: saman penghutang penghakiman, afidavit, perundangan, mahkamah syariah
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ahmad Lutfi Senin. (2024). Bailif Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 7hb April 2024 jam 8.00 pagi.
Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan metodologi penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM.
Arahan Amalan No. 9 Tahun 2021. Garis Panduan Pengurusan Kes Tuntutan/Saman Penghutang Penghakiman dan Notis Penghakiman bertarikh 11 Januari 2022 bersamaan 8 Jamadilakhir 1443H.
Badri Abdul Kader. (2024). Bailif Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 31hb Januari 2024 jam 3.00 petang.
Jamil Ahmad. (2023). Peguam Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 21hb Februari 2024 jam 9.00 pagi.
Maḥmud Syarif. (2003). Al-Wasaiq Al-Daulah Al-Ma’inah Bihuquq Al-Insan (Jil. 2). Kaherah: Dar As-Syuruk.
Mazidah lwn Amran. (2018). Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. No. Kes: Mal UPPP: 9/2018.
Mohamad Aslam Ahmad. (2024). Peguam Jabatan Bantuan Guaman Selangor dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 30hb Januari 2024 jam 10.00 pagi.
Mohamad Omar Mansu. (2022). Potensi dan cabaran perintah komital kerana ingkar perintah nafkah di Mahkamah Syariah Negeri Selangor (Tesis Sarjana, UKM).
Mohamed Fouzi Mokhtar, Siti Fatimah Ahmad Maulana, Salmi Amalia Jamil, & Mohd Fariq Azaimi Apandi. (2021). Jenis-jenis penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan: Satu pengenalan. Dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: Teori, Amalan dan Pelaksanaan (hlm. 323–324). JKSM & Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM.
Mohd Afiq Najhan. (2024). Bailif Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 11hb Mac 2024 jam 11.00 pagi.
Mohd Hazwan Ismail. (2023). Penerimaan Mahkamah Syariah mengenai penyampaian saman melalui pos berdaftar. International Journal of Contemporary Issues, 1(2), September 2023.
Mohd Hazwan Ismail. (2024). Nafkah tertunggak: Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di Mahkamah Syariah di Malaysia (Tesis Doktor Falsafah, USM).
Mohd Hazwan Ismail. (2024). Punca pengabaian penghutang penghakiman dalam melaksanakan perintah nafkah. Majallah Kulliyyah Syariah wa Al Qanun, Edisi Khas, 265–281.
Mohd Hazwan Ismail, & Jasni Sulong. (2021). Saman penghutang penghakiman: Keperluan perintah nafkah atau perintah tunggakan nafkah. Journal of Contemporary Islamic Law, 6(1), 29–38.
Mohd Nadzri Haji Abdul Rahman Ibrahim. (2010). Undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah: Prinsip & amalan. Negeri Sembilan: Karya Kreatif Resources. Hlm. 236.
Mohd Nizam Azmi. (2024). Bailif di Mahkamah Syariah Negeri Melaka dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 23hb Jun 2024 jam 9.00 pagi.
Mohd Shafie Abu Bakar. (1991). Metodologi penyelidikan untuk Ekonomi dan bidang-bidang berkaitan (Edisi ke-2). Bangi: UKM.
Muhammad Sidqi Ali Burnu. (1996). Al-Wajiz fi Idahi Qawaid Al-Fiqh Al-Kuliah. Beirut: Muassati Al-Risalah. Hlm. 256.
Musa Awang, Dr Zulqarnain Lukman, & Fakhrul Azman Abu Hasan. (2017). Seni Guaman Syarie Siri 1. Kuala Lumpur: Jawatankuasa Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Nur Afizah Mansor. (2024). Bailif Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perak dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 9hb Jun 2024 jam 9.30 pagi.
Patton, M. Q. (2015). Qualitative research & evaluation methods (4th ed.). Sage Publications.
Rafizishah Abdullah. (2024). Bailif Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 17hb Mac 2024 jam 10.00 pagi.
Salwani Sufi. (2024). Peguam Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dalam temubual dengan penulis melalui telefon pada 21hb Julai 2024 jam 9.00 pagi.
Shahida lwn Shahil. (2019). Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. No. Kes: Mal UPPP: 30/2019.
Siti Uzairiah. (2017). Kajian kualitatif dan analisis temu bual. Kuala Lumpur: Aras Publisher. Hlm. 38.
Zaini Nasohah, & Suwaid Tapah. (2001). Analisis pelaksanaan prosiding saman penghutang penghakiman dalam penguatkuasaan perintah pembayaran nafkah: Kajian kes Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Hlm. 46.
Refbacks
- There are currently no refbacks.