Hubungan antara Penagihan Dadah dengan Keganasan Rumah Tangga

Victor Isaacs, Nasir Mohamad, Liyana Hazwani Mohd Adnan, Wan Hanis Aisyah Wan Rosdi, Nor Suliana Mustafa, Nurul Farah Aina Md Fauzi, Nur Husna Zakaria

Abstract


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara anggotanya melalui Resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia 49.25 telah mengakui bahawa keganasan adalah masalah awam yang serius dan juga merupakan suatu pencabulan hak asasi manusia. Di Malaysia, istilah “keganasan rumah tangga” merujuk kepada keganasan yang dilakukan oleh pasangan terhadap isteri atau orang yang disayangi. Statistik menunjukkan bahawa kes penagihan dadah meningkat seiring dengan peningkatan jumlah kes keganasan rumah tangga. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji perspektif responden berkenaan keganasan rumah tangga terutamanya dalam kalangan pengguna-pengguna opiat di Malaysia khususnya di Terengganu seterusnya kesan penagihan dadah terhadap keharmonian rumah tangga. Kaedah pengajian prospektif telah dijalankan dalam tempoh enam bulan ke atas 30 orang penagih opiat yang sedang menerima rawatan Terapi Gantian Metadon (TGM) di sekitar Kuala Terengganu dengan menggunakan borang kaji selidik. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 22.0%.Hasil kajian memfokuskan hubungan kekeluargaan, perlakuan, tingkah laku serta emosi di antara respondan dan pasangan. Keputusan menunjukkan bahawa hampir 80.0% responden tidak mempunyai sejarah penderaan sebelum ini dan tidak melakukan keganasan rumah tangga terhadap pasangan mereka. Sebanyak 39.4% responden sangat bersetuju bahawa keganasan rumah tangga adalah jenayah, berbanding 7.1% responden yang tidak bersetuju. Seterusnya, data menunjukkan bahawa 36.0% responden bersetuju bahawa layanan mereka terhadap pasangan berubah setelah mengambil dadah. Data juga membuktikan bahawa sebanyak 22.0% responden merasakan pasangan mereka berasa risau dan takut apabila bersama mereka. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa kebanyakan responden merupakan individu yang mampu menjalani kehidupan normal sebelum pengambilan dadah. Walau bagaimanapun, setelah pengambilan dadah, perubahan pada tingkah laku dan emosi responden menyebabkan berlakunya keganasan dalam rumah tangga dan terhadap keluarga. Hal ini seterusnya menyebabkan pasangan berasa tidak selamat apabila bersama responden.

Keywords


Keganasan rumah tangga; pengguna opiat

Full Text:

PDF

References


Hanafi, A., & Rohani, A. R. (2015). Kekerasan Rumah Tangga Terhadap Wanita: Kajian Perbandingan Sosio-Perundangan Di Malaysia Dan Indonesia. Al ’Adl, VII(14), 117–142.

AADK. (2016). Maklumat Dadah 2016 (2018th ed.). Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Malaysia: Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) 2016. https://www.adk.gov.my/Orang-Awam/Statistik-Dadah/. (Accessed on December 2016

AHRD. (2013). ASEAN Human Rights Declaration and the Phnom Penh Statement on the Adoption of the ASEAN Human Rights Declaration (AHRD). ASEAN Secretariat; Jakarta.

ASEAN. (1988). Declaration of the Advancement of Women in the ASEAN Region Bangkok, Thailand, 5 July 1988. Retrieved from https://asean.org/?static_post=declaration-of-the-advancement-of-women-in-the-asean-region-bangkok-thailand-5-july-1988

ASEAN. (2004). Declaration on the Elimination of Violence Against Women in the ASEAN Region. Retrieved from https://asean.org/?static_post=declaration-on-the-elimination-of-violence-against-women-in-the-asean-region-4

AHRD. (2013). ASEAN Human Rights Declaration and the Phnom Penh Statement on the Adoption of the ASEAN Human Rights Declaration (AHRD). ASEAN Secretariat; Jakarta.

Butchard, A., Gracia-Moreno, C., & Mikton, C. (2010). WHO-Preventing Intimate Partner And Sexual Violence Against Women: Taking Action And Generating Evidence. World Health Organization, Geneva.

Cherrie, L. M. (2000). Loving in the War Years. South End Press.Cambridge, Massachusetts.

Csete, J., Kamarulzaman, A., Kazatchkine, M., Altice, F., Balicki, M., Buxton, J., ... & Hart, C. (2016). Public health and international drug policy. The Lancet, 387(10026), 1427-1480.

Mann, C. J. (2003). Observational research methods. Research design II: cohort, cross sectional, and case-control studies. Emergency Medicine Journal : EMJ, 20(1), 54–60.

Sedgwick, P. (2014). Cross sectional studies: advantages and disadvantages. BMJ, 348(2276), 1–2.

Tongco, M. D. C. (2007). Purposive Sampling as a Tool for Informant Selection. Ethnobotany Research& Applications, 5, 147–158.

Sabitha, M. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Prentice Hall/Pearson Malaysia. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=LbNDNwAACAAJ

Rahim U. (2013). IBM SPSS Statistics for window. Pejabat Teknologi Maklumat.

Hussain, M. (2012). Descriptive statistics-presenting your results I. J Pak Med Assoc, 62(7), 741–743.

Smith, M., & Powell, P. (2011). Domestic Violence: An Overview. Uniersity of Nevada Cooperative Extension, 1–4.

Zilberman, M. L., & Blume, S. B. (2005). Domestic violence, alcohol and substance abuse. Revista brasileira de psiquiatria (Sao Paulo, Brazil : 1999), 27 Suppl 2, S51–5.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.