Masa Hadapan Kedudukan Mahkamah Adat dalam Sistem Mahkamah Negara Indonesia

Teuku Muttaqin Mansur, M.H., Faridah Jalil

Abstract


Mahkamah Adat di Indonesia adalah merupakan mahkamah yang mempunyai peranan penting dalam lingkungan masyarakat Indonesia yang masih berpegang kepada peraturan adat. Walaupun mahkamah negara, adalah merupakan mahkamah utama dalam sistem mahkamah moden Indonesia, masyarakat tradisi, misalnya di Aceh, Papua serta Kalimantan masih merujuk kepada Mahkamah Adat dalam menyelesaikan pertikaian, terutamanya yang berbentuk kemasyarakatan. Ini adalah kerana masyarakat tersebut masih lagi berpegang kepada budaya bermuafakat dan perdamaian dalam menyelesaikan perbalahan. Sehubungan dengan itu, artikel ini melihat sejarah Mahkamah Adat di Indonesia, kedudukan dan peranan Mahkamah Adat di Indonesia dalam menyelesaikan pertikaian, peruntukan perundangan bagi menaiktaraf Mahkamah Adat serta mencadangkan kedudukan Mahkamah Adat di Indonesia pada masa hadapan. Kajian ini melihat dan menganalisis dokumen undang-undang pentadbiran Mahkamah Adat yang digubal semasa era penjajahan Belanda dan selepas Indonesia merdeka. Artikel ini mencadangkan supaya Mahkamah Adat dimasukkan sebagai sebahagian daripada sistem mahkamah negara di bawah lingkungan Mahkamah Agung, akan tetapi penyelesaian pertikaian di Mahkamah Adat perlu tetap menekankan penyelesaian secara perdamaian bukan kalah-menang seperti pada mahkamah formal.

Keywords


Sistem mahkamah Indonesia; mahkamah adat; kedudukan; penyelesaian pertikaian; Indonesia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.