Status Quo Perundangan Majlis Penasihat Syariah dalam Kerangka Kerja Tadbir Urus Syariah bagi Sistem Perbankan Islam di Malaysia Selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Ruzian Markom

Abstract


Kerangka kerja tadbir urus syariah telah diwujudkan melalui akta regulatori perbankan Islam iaitu Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Ianya merupakan satu mekanisme yang penting bagi memastikan kelestarian pematuhan terhadap hukum syarak dalam setiap operasi sistem perbankan Islam. Selain itu, ianya berupaya menjamin kestabilan industri perbankan Islam di Malaysia disamping meningkatkan keyakinan para pemegang taruh. Majlis Penasihat Syariah ditubuhkan sebagai pihak yang berautoriti tunggal bagi memastikan hukum syarak bagi semua persoalan syariah dalam operasi dan fasiliti perbankan Islam. Bertitik tolak dari itu, artikel ini cuba mengenengahkan status quo perundangan Majlis Penasihat Syariah setelah melalui beberapa fasa perundangan negara. Untuk tujuan ini, kerangka kerja tadbir urus akan dianalisa sesuai dengan konsep pematuhan syariah dalam pengoperasian perbankan Islam. Selain dari itu, keputusan kes dan pindaan perundangan juga akan dikaji dalam memperkukuhkan status quo perundangan Majlis Penasihat Syariah.

Keywords


Majlis Penasihat Syariah; Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; tadbir urus syariah; sistem perbankan Islam.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.