Penglibatan Murid Sekolah Rendah dalam PdPr Bahasa Arab (Student Engagement at Primary School During Arabic PDPR)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penglibatan dalam bahasa Arab murid sekolah rendah semasa PdPr di rumah. Terdapat dua pemboleh ubah yang digunakan untuk dianalisis iaitu tahap penglibatan murid dan pengalaman mengajar guru. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 48 orang guru bahasa Arab dari tujuh buah sekolah rendah daerah Johor Bahru yang mengajar tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga. Bagi mencapai tujuan kajian ini, kajian tinjauan keratan rentas ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah digunakan sesuai dengan kerangka persampelan. Perisian IBM SPSS versi 22.0 telah digunakan untuk menganalisis data kajian ini secara deskriptif, seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan menunjukan penglibatan murid semasa tempoh PdPr adalah di tahap sederhana. Manakala analisis ujian ANOVA yang dilakukan membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifi kan antara tahap penglibatan murid berdasarkan pengalaman mengajar guru. Justeru, pihak yang terlibat seperti tenaga pengajar, pihak sekolah dan ibubapa perlu mengambil inisiatif untuk turut serta memperbaiki keadaan ini secara bersama. Melalui kajian tahap penglibatan murid dan pendekatan pengajaran ini diharapkan dapat membantu pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), penyedia dasar, penulis buku teks, dan guru-guru agar mampu melaksanakan pendekatan yang bersesuaian dengan situasi semasa.
Keywords
Penglibatan murid, pengalaman mengajar, PdPr bahasa Arab
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License