Kepercayaan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Matematik Awal (Parents’ Beliefs in Early Mathematical Development)
Abstract
Kepercayaan ibu bapa merupakan salah satu aspek yang memberi kesan ke atas perkembangan dan pencapaian kanak kanak. Setiap ibu bapa mempunyai kepercayaan yang tersendiri dan unik terhadap perkembangan kanak-kanak. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal di Malaysia. Kajian ini turut melihat perbezaan tahap kepercayaan ibu bapa terhadap matematik awal berdasarkan pendapatan keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan melibatkan seramai 435 orang ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat hingga enam tahun di Malaysia melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik tentang kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal telah diadaptasi melalui instrumen lepas. Data kajian dianalisis dengan Statistical Program Package for the Social Science (SPSS), menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berada pada tahap tinggi. Dapatan menunjukkanibu bapa di Malaysia mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap perkembangan matematik awal. Selain itu, wujud perbezaan yang signifi kan antara tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berdasarkan kategori pendapatan keluarga. Sebaliknya, tidak wujud perbezaan yang signifi kan antara tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian mempunyai implikasi untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman pelbagai pihak seperti pendidik, pengkaji atau ibu bapa tentang situasi kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal di Malaysia. Selain itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain. Cadangan kajian lanjutan boleh dibuat melalui kajian tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berdasarkan konstruk.
Keywords
kepercayaan ibu bapa; perkembangan matematik awal; kanak-kanak; pendapatan keluarga; tahap pendidikan ibu bapa
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License