Penggunaan Strategi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Guru Prasekolah Berdasarkan Pengalaman Mengajar (Use of English Teaching Strategies as a Second Language Among Preschool Teachers Based on Teaching Experience)
Abstract
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Prasekolah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang mencabar bagi guru Prasekolah yang bukan opsyen Bahasa Inggeris. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru Prasekolah. Perbezaan penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris guru Prasekolah berdasarkan pengalaman mengajar turut dilaksanakan. Seramai 62 orang guru Prasekolah di seluruh Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data diperolehi melalui soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu, bahagian A: Maklumat Demografi dan bahagian B: Penggunaan Strategi Pengajaran. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) telah digunakan dalam proses analisis data. Ujian ANOVA telah digunakan bagi menentukan perbezaan penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris. Hasil kajian bagi tahap penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua oleh guru Prasekolah berada pada tahap sederhana. Manakala dapatan analisis ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan strategi Bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman mengajar guru di prasekolah. Dapatan ini menunjukkan tiada perbezaan penggunaan strategi pengajaran bahasa oleh guru prasekolah novis dan guru prasekolah yang telah lama berkhidmat. Ini menunjukkan latihan pra-perkhidmatan yang disediakan untuk bakal guru prasekolah cukup untuk menyediakan mereka dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran bahasa untuk kanak-kanak.
Keywords
strategi pengajaran; Bahasa Inggeris; Bahasa Kedua; prasekolah; pengalaman mengajar
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License