Strategi Pembelajaran Kolokasi Arab dan Hubungannya dengan Tahap Pengetahuan Kolokasi Arab Pelajar Sekolah Menengah

Nur Saadah Jusoh, Harun Baharudin

Abstract


Strategi pembelajaran memainkan peranan penting dalam membantu pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran. Namun begitu, strategi pembelajaran kolokasi masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan pelajar bahasa Arab sebagai abahasa asing. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan strategi pembelajaran kolokasi Arab dalam kalangan pelajar dan pengetahuan pelajar terhadap kolokasi sekaligus mengkaji hubungan Strategi Pembelajaran Kolokasi Arab dan pengetahuan kolokasi Arab pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan set soal selidik dan ujian kloz yang telah melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaanya. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak mudah dengan populasi kajian yang terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Terengganu. Seramai 192 orang pelajar dilibatkan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunan strategi pembelajaran kolokasi Arab pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 2.53. Manakala bagi pengetahuan kolokasi Arab pelajar pula, majoriti pelajar berada pada tahap rendah dalam pengetahuan kolokasi jenis Kata Kerja + Kata Sendi dan Kata Nama + Kata Nama. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran kolokasi Arab (Strategi Pengecaman, Strategi Masteri teknik dan Strategi Aplikasi) dengan tahap pengetahuan kolokasi Arab. Selain itu, kajian ini juga mampu memberi pendedahan berkenaan strategi yang paling berkesan dalam meningkatkan pengetahuan kolokasi Arab dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, strategi pembelajaran kolokasi Arab perlu diberi perhatian dan pendedahan kepada para pelajar agar mereka mampu menggunakan kolokasi Arab dalam penulisan sekaligus menonjolkan tahap mereka dalam penulisan Arab.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823