Hubungan Tekanan Kerja dan Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah di Daerah Klang (Work Stress and Classroom Management Among Klang District Primary School Teachers)

INTAN MARFARRINA OMAR, HEMATHARSHINI SUBRAMANIAM

Abstract


Tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah sering menimbulkan isu kepuasan bekerja dan prestasi kerja. Kajian tinjauan ini mengukur tahap tekanan kerja dan tahap keberkesanan pengurusan bilik darjah dalam kalangan 856 guru-guru sekolah rendah di Daerah Klang, serta menentukan hubungan antara kedua-dua pembolehubah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dan data telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan guru-guru berpendapat mereka menghadapi tekanan kerja yang tinggi. Guru-guru juga berpersepsi bahawa mereka mempunyaia keberkesanan pengurusan bilik darjah yang sangat tinggi secara keseluruhan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan positif signifikan yang kuat antara tahap tekanan kerja dan tahap keberkesanan pengurusan bilik darjah (r=.785, N=856, p<0.1). Dapat disimpulkan bahawa guru-guru sekolah rendah di Daerah Klang berpendapat tekanan kerja yang tinggi tidak menjejaskan kualiti kerja mereka secara negatif. Implikasinya, punca tekanan kerja yang tinggi dalam kalangan guru perlu dikaji agar ianya dapat diatasi contohnya dengan cara mempelbagaikan tugas dan tanggungjawab dengan menggunakan berbagai-bagai instrumen dan kaedah alternatif, peralatan dan bahan bantu mengajar, serta menggunakan strategi dan kaedah pengurusan taktik menyelesaikan masalah secara berkumpulan agar guru-guru dapat memperoleh kepuasan kerja yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kualiti kerja yang lebih baik.

Kata Kunci: Tekanan Kerja, Pengurusan Bilik Darjah, Iklim dan Persekitaran Bilik Darjah, Komunikasi dan Interaksi, Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah, Pengurusan Disiplin Murid

 

Job stress among primary school teachers often raises issues of job satisfaction and job performance. This survey study measured the level of work stress and the level of classroom management effectiveness among 856 primary school teachers in Klang District, as well as determining the relationship between the two variables. Questionnaires were used as instruments and data were analyzed descriptively and inferentially using Pearson correlation. Findings show that teachers think they face high level of work stress. Teachers also perceived that they had a very high level of overall classroom management effectiveness. The study also found that there was a strong significant positive relationship between the level of work stress and the level of classroom management effectiveness (r=.785, N=856, p<0.1). It can be concluded that primary school teachers in Klang District think that high work pressure does not negatively affect the quality of their work. The implication is that the causes of high work stress among teachers need to be studied so that it can be overcome for example by diversifying tasks and responsibilities by using various instruments and alternative methods, equipment and teaching aids, as well as using strategies and methods of group problem solving tactics. so that teachers can obtain higher job satisfaction in turn contributing to better work quality.

Key Words: Work Stress, Classroom Management, Climate and Environment of the Classroom, Communication and Interaction, Teaching and Learning in Classroom, Management of Student Discipline


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/47.01-04

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823