The Effects of Concrete-Pictorial-Abstract (CPA) Teaching Method on the Malaysian Community College Students’ Attitude towards Geometry (Kesan Kaedah Pengajaran Konkrit-Gambar-Abstrak (KGA) ke atas Sikap Pelajar Kolej Komuniti Malaysia terhadap Geometri)

NUR ALYANI MOHAMED, CHENG MENG CHEW

Abstract


Community college is an institution that provides training and skills for post-secondary education leavers to become skilled workforce with minimum enrolment requirements. However, the admission of students who possessed low basic knowledge of Mathematics has somehow affected the Geometry teaching and learning process. These students show less interest and attitude in learning Mathematics. This quasi-experimental study aimed to investigate the effect of the CPA teaching method on Malaysian Community College students’ attitudes towards Geometry. A total of 60 students who registered their first semester Mathematics module from Pulau Pinang and Kedah Community Colleges was selected as samples. The control group used the conventional method (non-CPA), while the experimental group used concrete-pictorial-abstract (CPA) method. Questionnaires were used as the instrument. Data were analyzed using one-way ANCOVA. It was found that there are significant differences in attitude towards Geometry between the control and experimental group. This result provides positive effects on the implementation of CPA approach in the teaching and learning of Geometry. This study hence suggests that educators in Malaysia to integrate CPA teaching methods in their teaching and learning process of Geometry, which will have a better implication on the attitude of students studying Geometry.

Key Words: Geometry; Concrete-Pictorial-Abstract; Teaching Method; Attitude

 

Kolej Komuniti merupakan institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada lepasan menengah ke pasaran tenaga kerja berkemahiran dengan syarat pengambilan yang minima. Namun, kemasukan pelajar tanpa ilmu Matematik asas yang kukuh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Geometri menghadapi kekangan. Pelajar ini tidak menunjukkan minat dan sikap yang baik dalam mempelajari Matematik. Kajian eksperimen kuasi ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah pengajaran konkrit-gambar-abstrak (KGA) terhadap sikap pelajar Kolej Komuniti Malaysia terhadap Geometri. Seramai 60 orang pelajar yang semester satu yang mendaftar modul Matematik dari Kolej Komuniti Pulau Pinang dan Kedah telah dipilih sebagai sampel. Kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional (tanpa KGA), manakala kumpulan eksperimen menggunakan kaedah konkrit-gambar-abstrak (KGA). Soal selidik digunakan sebagai instrumen Data dianalisis menggunakan ujian ANCOVA satu hala. Dapatan emenunjukkan terdapat perbezaan signifikan terhadap sikap pelajar terhadap Geometri antara pelajar yang mengikuti kaedah KGA dan pelajar yang mengikuti kaedah konvensional. Dapatan kajian ini menunjukkan kesan positif terhadap pelaksanaan pendekatan KGA dalam pengajaran dan pembelajaran Geometry. Kajian ini mencadangkan para pengajar di Malaysia untuk menintegrasikan kaedah pengajaran konkrit-gambar-abstrak dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geometri yang mana ianya bakal memberi implikasi yang lebih baik terhadap sikap pelajar dalam mempelajari Geometri.

Kata Kunci: Geometri; Konkrit, Gambar, Abstrak; Kaedah Pengajaran; Sikap


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2021-46.01SI-05

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823