Tahap Personaliti Big Six dan Hubungannya dengan Kecenderungan Keusahawanan Digital dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti (Big Six Personality Level and Its Correlation to Digital Entrepreneurship Among Community College Students)

NUR FARDEANA ARIFIN, RADIN SITI AISHAH RADIN A RAHMAN, NORASMAH OTHMAN

Abstract


Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan kemunculan ekonomi digital di seluruh dunia. Bagi generasi muda, adalah penting untuk melihat keusahawanan digital sebagai pilihan kerjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap personaliti Big Six (kestabilan emosi, kesungguhan, kesepakatan, ekstraversi, keterbukaan dan hubungan interpersonal) dan tahap kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan 264 pelajar Kolej Komuniti di Negeri Sembilan, serta hubungan antara kedua-duanya. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen, dan data telah dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Dapatan menunjukkan kedua-dua tahap personaliti Big Six dan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa wujud hubungan positif signifikan dengan kekuatan sederhana antara personaliti dengan kecenderungan keusahawanan digital. Implikasinya, pihak kolej komuniti perlu membina kursus keusahawanan yang selari dengan keupayaan pelajar serta berdasarkan ciri-ciri personaliti pelajar supaya berjaya mencapai sasaran kursus. Pihak kolej komuniti juga boleh membuat saringan awal bagi memilih pelajar yang berminat untuk meneruskan aktiviti perniagaan dan inovasi keusahawanan. Oleh itu, pihak institusi memainkan peranan penting dalam memberikan pendedahan kepada pelajar dan memupuk minat keusahawanan.

Kata kunci: Kecenderungan keusahawanan, keusahawanan digital, personaliti Big Six, pelajar kolej komuniti


The revolution in information and communications technology (ICT) has sparked the emergence of a digital economy worldwide. For the younger generation, it is important to see digital entrepreneurship as a career choice. The purpose of this study was to determine the level of the Big Six personality (emotional stability, conscientiousness, agreeableness, extraversion, openness and interpersonal relationship) and the level of digital entrepreneurship among 264 Community College students in Negeri Sembilan, as well as the relationship between the two constructs. Questionnaire was used as an instrument, and the data were analyzed descriptively and interpretively. Findings show that both the Big Six personality and the digital entrepreneurship tendency among Community College students are at a moderate level. The findings also show that there is a significant positive relationship with the modest strength of personality and the tendency of digital entrepreneurship. This implicates that community colleges need to build entrepreneurial courses that are in line with students' abilities and based on student personality traits in order to achieve the course objectives. Community colleges can also pre-screen for students interested in pursuing business activities and entrepreneurial innovation. As such, institutions play an important role in giving students exposure and fostering entrepreneurial interest.

Keywords: entrepreneurship tendency, digital entrepreneurship, Big Six personality, community college student


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01SI-12

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823