Editor's Note

NURFARADILLA MOHAMAD NASRI, MOHD EFFENDI @ EWAN MOHD MATORE

Abstract


ISU KHAS: PENDIDIKAN BERKUALITI PENCETUS GENERASI MALAYSIA BAHARU (SPECIAL ISSUE: STIMULATING NEW MALAYSIAN GENERATION THROUGH QUALITY EDUCATION)

 

Generasi masa hadapan merupakan pemangkin masa hadapan yang gemilang. Kegemilangan ini terhasil melalui pendidikan yang berteraskan kualiti. Pada era serba maju dan global ini, masyarakat tidak dapat lari daripada arus teknologi yang mencabar. Malaysia kini berdepan dengan keperluan melahirkan generasi Malaysia baharu yang bukan sahaja perlu mempunyai jati diri yang kukuh, tetapi juga mempunyai pemikiran glokal untuk menghadapi persaingan yang tiada batasnya. Jati diri yang mantap lahir daripada individu yang memiliki ilmu yang bervariasi. Generasi baharu harus dibudayakan agar tidak hanya berpuas hati dengan pemikiran yang jumud, tetapi turut neniliki bersifat berdikari dalam menyelesaikan masalah, berfikiran kritis dan mampu membawa dimensi idea yang segar dan baharu dalam menyelesaikan permasalahan negara.

Justeru, Isu Khas ini dikemukakan dengan tujuan untuk pembentangkan kajian berhubung beberapa aspek utama pendidikan berkualiti yang diharapkan dapat menjadi asas kepada kelahiran generasi Malaysia baharu seperti yang diharapkan.

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Dalam berhadapan cabaran ekonomi dan teknologi, generasi baharu amat perlu mempersiapkan diri dengan perkembangan dalam pendidikan teknik dan vokasional. Perkara ini penting bagi melahirkan masyarakat yang berperanan sebagai pencipta pekerjaan dan bukan hanya mencari pekerjaan. Generasi dengan kelebihan  kemahiran hands on menjadi rebutan majikan berbanding dengan pekerja yang bersandarkan teori semata-mata. 

KEPIMPINAN

Tanpa kita sedari, kepimpinan negara berhadapan perubahan tampuk kepimpinan dan melahirkan ramai pemimpin muda berkebolehan tinggi. Mereka merupakan hasil daripada pendidikan berkualiti negara dengan daya pemikiran tinggi dalam merancang dan merangka corak pemerintahan negara pada masa hadapan. Generasi dengan sifat kepimpinan yang disegani akan berupaya merubah landskap politik negara. Kepimpinan ini sangat penting untuk dipupuk daripada pendidikan bermula daripada seawal usia sehingga kepada pendidikan tinggi.

PEDAGOGI

Bagi melahirkan pendidikan yang berkualiti, aspek penyampaian pendidikan juga perlu dititikberatkan. Aspek pedagogi yang berkesan membuatkan pelajar lebih dekat dengan ilmu yang disampaikan. Pedagogi pada masa kini bukan hanya bersifat konvensional, tetapi turut diadun dengan pedagogi bersifat moden yang berteraskan teknologi dalam talian secara segerak mahupun tidak segerak. Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi penyampaian ilmu kepada generasi baharu ini sekaligus menjadikan penyampaian kini bersifat lebih luas dan lewes dann tidak terbatas di dalam bilik kuliah semata-mata. 

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Cabaran yang mendatang tidak dapat dijangka oleh sesiapa. Cabaran yang bersifat dalaman ataupun luaran memerlukan kemahiran tinggi untuk menanganinya. Generasi baharu perlu dibekalkan dengan kemahiran kaunseling dan kaedah terbimbing bagi menghadapi cabaran hidup. Aspek nilai, manusiawi dan falsafah hidup amat penting dalam menjana pemikiran generasi baharu yang lebih mempunyai roh berbanding hanya bersifat seperti robot. Dengan kemahiran kaunseling yang dimiliki akan menjadikan generasi baharu ini boleh mengawal cabaran hidup dengan lebih baik dan mampu membimbing individu di sekeliling mereka. Penglibatan banyak program bimbingan dan kaunseling yang berkualiti sebenarnya membentuk pemikiran generasi baharu Malaysia yang mantap daripada aspek kognitif, afektif dan psikomotor sebagaimana ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN 

Bagi memastikan generasi Malaysia baharu mencapai status kualiti yang dihasratkan, elemen pengukuran dan penilaian kemenjadian pelajar menjadi intipati utama negara. Pembangunan insan dan program-program intervensi  untuk generasi baharu perlu diukur keberkesanannya bagi memastikan tiada pembaziran modal insan dan kewangan negara. Dimensi pengukuran dan penilaian bakal membawa kepada pembentukan indikator dalam usaha membantu Malaysia maju ke hadapan disamping pembentukan indikator yang sesuai sebagai asas dalam membuat sebarang keputusan.

Diharapkan agar dapatan-dapatan penyelidikan yang dimuatkan dalam Isu Khas ini bakal dimanfaatkan dalam menyediakan amalan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang dapat melahirkan generasi Malaysia baharu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berdikari, mempunyai pemikiran glokal, memiliki ilmu yang bervariasi, dan berfikiran kritis sepertimana yang diharapkan.

Terima kasih.

  

Nurfaradilla Mohamad Nasri
Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823