Amalan Pembelajaran Pelajar Tahfiz Di Institusi Tahfiz Swasta (Tahfiz Students' Learning Practices in Private Tahfiz Institutions)

Farah Ilyani Zakaria, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi amalan pembelajaran tahfiz pelajar-pelajar di institusi-institusi tahfiz swasta di Malaysia. Kajian ini melibatkan 308 pelajar di institusi tahfiz swasta di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran pelajar tahfiz pada tahap sederhana tinggi iaitu (min = 3.74, sp.= 0.43). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran bersama guru, rakan sebaya dan kendiri berada pada tahap tinggi. Namun demikian elemen-elemen seperti kaedah penulisan dan elemen kefahaman berada pada tahap sederhana tinggi manakala elemen yang melibatkan aktiviti penulisan al-Quran berada pada tahap sederhana rendah sedangkan teori dan dapatan lepas menunjukkan kepentingan elemen-elemen tersebut dalam amalan pembelajaran pelajar tahfiz.

Kata kunci: Pendidikan tahfiz, institusi tahfiz, amalan pembelajaran tahfiz

 

This study aims to explore the perceptions of Tahfiz Learning Practice in Private Tahfiz Institutions in Malaysia. The study involved 350 students in private tahfiz institutions in Malaysia. The instrument is a questionnaire that has been developed by the researcher and confirmed by an expert panel. Quantitative data in descriptive analysis uses Statistical Package for Social Sciences (SPSS) to obtain frequency, percentage, mean and standard deviation. The overall findings show that the level of student learning practice at Tahfiz is moderately high (mean = 3.74, sp = 0.43). The findings show that the practice of learning with teachers, peers and self-esteem is at high level. Nevertheless, elements such as writing methods and element of understanding are at moderate high level while elements involving al-Quran writing activities are at low moderate level.

Keywords: Tahfiz education, tahfiz institution, tahfiz student learning


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-15

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright © Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
All rights reserved.
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823
_______________________________________________________________________

Disclaimer: The editors and publisher of Jurnal Pendidikan Malaysia / Malaysian Journal of Education have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pendidikan Malaysia / Malaysian Journal of Education, its editors or its publisher. Jurnal Pendidikan Malaysia / Malaysian Journal of Education, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.