Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan Model Rasch (Validity and Realibility of Arabic Collocation Learning Strategies Instrument: Analysis Using Rasch Model)

Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin, Mus'ab Sahrim

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan dan memeriksa kebolehpercayaan instrumen strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab. Seramai 5 orang panel pakar telah terlibat bagi mengesahkan instrumen ini. Untuk tujuan tersebut, soal selidik telah diedarkan kepada 61 pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti program pengajian bahasa Arab di universiti awam sebagai responden dalam kajian ini. Perisian Winsteps Version 3.69.1.11 telah digunakan untuk pemeriksaan ke fungsian item dari aspek kebolehpercayaan dan pengasingan item-responden, polariti dan kesesuaian item mengukur konstruk serta nilai korelasi residual terpiawai. Ia juga membenarkan penyingkiran atau pemurnian item berdasarkan polariti item, kesesuaian item dan menentukan nilai bersandar berdasarkan nilai korelasi residual terpiawai. Analisis akhir mendapati tiada item disingkarkan. Instrumen akhir menunjukkan sebanyak 40 item yang sesuai digunakan untuk mengukur konstruk strategi pembelajaran kolokasi. Dapatan daripada analisis telah berjaya membuktikan secara statistik bahawa item-item ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan wajar digunakan untuk para pelajar di peringkat IPT.

Kata kunci: Instrumen strategi pembelajaran kolokasi, bahasa Arab, model Rasch

 

This study aims to test the validity and reliability of the Arabic collocation learning strategies instrument. A total of 5 expert panels were involved in validating the instrument. For that purpose, questionnaires have been distributed to 61 final year students of Arabic language programs at public universities as respondents in this study. The validity and reliability of this study were measured using Rasch Measurement Model using the Winstep version 3.69.1.11. Final analysis found that no items were dismissed. Final instrument shows that 40 items were suitable to be used to measure collocation learning strategies constructs. Findings from the analysis has statistically proved that the items in this instrument has a high degree of validity and reliability as well as suitable to be used by students at the IPT level.

Keywords: Arabic collocation learning strategies instrument, arabic language, Rasch model


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-14

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823