Hubungan Kecerdasan Pelbagai Dengan Sikap Terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (The Relationship between Multiple Intelligences and Attitude towards Sports among Academically Gifted Students)

Wan Rezawana Wan Daud, Tajul Arifin Muhamad, Melor Md Yunus

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kecerdasan pelbagai pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) dan hubungannya dengan sikap terhadap sukan. Kajian tinjauan ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak dimana melalui pentadbiran dua set soal selidik yang diubahsuai daripada instrumen MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checlist for Adult) oleh Siti Rahayah et al. (2005) dan Attitudes Towards Sport oleh P. Iskandar (1999). Soal selidik ini telah diuji dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu diantara 0.7 hingga 0.9. Tahap kecerdasan pelbagai diukur berdasarkan skor min piawai oleh Pallant (2007). Secara keseluruhan, kajian mendapati pelajar PCA mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam Rohani diikuti Logik Matematik, Kinestatik, Intrapersonal dan Interpersonal. Manakala kecerdasan Verbal Linguistik, Muzik, Naturalis dan Visual Ruang mencatatkan skor min pada tahap yang sederhana. Kajian ini turut melihat hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan dimana nilai korelasi  kecerdasan Kinestatik (r=0.784, sig=0.001) memberikan hubungan yang positif kuat diikuti dengan kecerdasan Rohani (r=0.552, sig=0.002). Kecerdasan Visual Ruang (r=0.498, sig=0.005)  dan Intrapersonal (r=0.399, sig=0.029) turut menunjukkan hubungan dengan sikap terhadap sukan pada tahap positif sederhana. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sukan khususnya yang terlibat dengan pelajar PCA agar melihat potensi mereka yang turut menyumbang kepada sikap terhadap sukan.

Kata kunci: Kecerdasan Pelbagai, Pelajar Pintar Cerdas Akademik, Sukan

 

This study aims to determine the level of multiple intelligence of Academically Talented Students (PCA) and its relationship with their attitude towards sports. This survey involves 30 randomly selected form four students through the administration of two sets of questionnaires modified from MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checlist for Adult) instrument by Siti Rahayah et al. (2005) and Attitudes Towards Sport by P. Iskandar (1999). The questionnaire has been tested and has a good reliability value ranging from 0.7 to 0.9. The intelligence levels are measured by the standard mean score by Pallant, (2007). Overall, the study found that PCA students have a high talent in Spiritual followed by Logical Mathematics, Kinesthetics, Intrapersonal and Interpersonal. While Linguistic, Music, Naturalist and Visual Space recorded a moderate level of mean score . This study also examines the relationship between multiple intelligences and attitude towards sports where the correlation value of Kinestatic intelligence (r = 0.784, sig = 0.001) provides a strong positive relationship followed by Spiritual intelligence (r = 0.552, sig = 0.002). Visual Space (r = 0.498, sig = 0.005) and Intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) intelligences also showed a correlation with attitudes toward sports at a moderate positive level. The implication of this study can be used as a guide for sports teachers, especially those involved with PCA students to see their potential that contributes to their attitude towards sports.

Key Words: Multiple Intelligences, Academically Talented Students, Sports


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-05

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823