Pembelajaran Timbal Balik Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Peribumi Bidayuh di Sarawak (Malay Language Reciprocal Learning among Bidayuh Indigenous Pupils in Sarawak)

CELINEA LASAN, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Kajian ini membincangkan amalan pembelajaran timbal balik Bahasa Melayu yang mempengaruhi corak pembelajaran dalam kalangan murid peribumi Bidayuh di Sarawak. Pendidikan murid peribumi diberi perhatian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 bagi memberi peluang kepada murid orang asli dan kumpulan minoriti peribumi di Sarawak dan Sabah untuk menikmati peluang yang sama seperti murid lain bagi menjamin keberhasilan akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Permasalahan dalam pembelajaran murid peribumi berkait rapat dengan kelemahan murid menguasai Bahasa Melayu sehingga menjejaskan potensi murid dalam akademik. Objektif kajian ini memberi fokus terhadap pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah khususnya untuk meneroka dan menyelidiki amalan pembelajaran timbal balik dalam kalangan murid peribumi Bidayuh sekolah rendah di Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang dilaksanakan secara kajian kes dengan melibatkan pengumpulan data melalui teknik temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan dokumen. Hasil kajian menunjukkan murid peribumi Bidayuh memperoleh pengetahuan baharu dalam proses pembelajaran melalui interaksi sosial, pengukuhan pengalaman, penerapan nilai-nilai budaya, bahasa dan kepercayaan dalam pembelajaran berkumpulan, serta pencapaian matlamat melalui pembelajaran. Kajian ini memberi implikasi terhadap teori-teori pembelajaran dan pendidikan bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Selain itu, kajian ini membantu guru-guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila berhadapan dengan kumpulan murid peribumi dalam masyarakat di Malaysia. Ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam amalan pembelajaran suku kaum peribumi perlu diketengahkan dengan mempamerkan amalan berkongsi tradisi, saling menghormati dan menghargai dalam mengadaptasi ilmu pengetahuan.

Kata kunci: Pembelajaran timbal balik, bahasa Melayu sekolah rendah, murid peribumi Bidayuh

 

This study discusses the practice of Malay Language reciprocal learning, which affects the learning patterns among Bidayuh indigenous pupils in Sarawak. The indigenous pupils’ education gained attention in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 to provide opportunities for indigenous pupils and minority groups in Sarawak and Sabah to enjoy the same opportunities as other pupils to ensure success qualities of education and international recognition. The problems of indigenous pupils learning are closely related to weaknesses in learning the Malay Language that affected their academic potential. The objective of this study focuses on the Malay language education in primary schools in particular to explore the reciprocal learning practice among primary school indigenous pupils. This study used a qualitative research design which conducted in a case study of the Bidayuh indigenous pupils in Sarawak by engaging data collection through interviews, observation techniques, and documents analysis. The findings of this study suggest the Bidayuh indigenous pupils acquire new knowledge in the learning process through social interaction, strengthening experiences, the application of cultural values, language and beliefs in learning groups, as well as the goals achievement. In addition, this research affecting the learning theories and the Malay Language learning in primary school. This study also helps the Malay language teachers to improve the quality of teaching and learning, especially when dealing with indigenous pupils in the collective groups in Malaysia. The special features of the indigenous pupils learning practices should be brought to the exhibit shared tradition, practice mutual respect and appreciate in the process of knowledge adaptation.

Keywords: Reciprocal learning, Malay language primary school, the Bidayuh indigenous pupils


Keywords


pembelajaran reciprocal; bahasa Melayu sekolah rendah; murid peribumi Bidayuh

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-01

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright © Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
All rights reserved.
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823
_______________________________________________________________________

Disclaimer: The editors and publisher of Jurnal Pendidikan Malaysia / Malaysian Journal of Education have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pendidikan Malaysia / Malaysian Journal of Education, its editors or its publisher. Jurnal Pendidikan Malaysia / Malaysian Journal of Education, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.