Trait-Trait Personaliti Pembuli, Mangsa Buli dan Pembuli-Mangsa Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Model Lima Faktor (Personality Traits of Bullies, Victims and Bully-Victims Amongst Secondary School Students: Big Five Traits of Personality Model)

RAJA AZRUL HISHAM RAJA AHMAD, RUSLIN AMIR, SAEMAH RAHMAN

Abstract


Kajian ini adalah untuk melihat perbezaan trait-trait personaliti dalam kalangan pelajar seramai 328 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan sepuluh buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Terdapat lima domain dalam trait-trait personaliti yang dicadangkan oleh Model Lima Faktor Goldberg iaitu domain Kesedaran, Penerimaan, Kestabilan Emosi, Ekstraversi dan Keterbukaan. Analisis deskriptif min menunjukkan domain Kesedaran, Kestabilan Emosi, Ekstraversi dan Keterbukaan antara pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa adalah sederhana. Manakala, domain Penerimaan adalah tinggi. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pembuli, mangsa buli dan  pembuli-mangsa dalam dua domain Kestabilan Emosi dan Kesedaran. Program-program intervensi yang sesuai, efektif dan menjurus kepada trait-trait personaliti pelajar yang terlibat dengan buli dapat dirancang dan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan dalam menangani buli pelajar di sekolah. 

Kata Kunci: Pembuli, mangsa buli, pembuli-mangsa, Model Lima Faktor

 

This study aims at looking into the difference of traits of personality among 328 form four students of ten secondary school students in Negeri Sembilan. Quantitative survey was used to collect data. Five domains of Conscientiousness, Agreeableness, Emotional Stability, Extraversion and Openness as suggested by Goldberg Big Five Traits of Personality Model were used in this study. Analysis of mean showed a moderate score on Conscientiousness, Emotional Stability and Openness between the bullies, the victims and the bully-victims. Whilst higher score is found on Agreeableness.  Analysis of ANOVA showed significantly difference on Emotional Stability, Conscientiousness dan Extraversion between the bullies, the victims and the bully-victims. Appropriate, effective and focused intervention programmes on the traits of personality of the involved students can be planned and implemented by education officials at reducing bullying in schools.

Keywords: Bullies, victims, bully-victims, Big Five Traits of Personality Model


Keywords


Bullies, victims, bully-victims, Big Five Traits of Personality Model

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823