Kemahiran Generik dan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (Generic Skills and Academic Achievement among Trainee Teachers at Teacher Education Institute)

KAMARUL MD. SHAH, FARAH MUKHTAR, HASNAH ABDULLAH, MANORIZA ABDUL MALEK, ZAIRINIAH MOHD SHUKUR

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik dalam kalangan guru pelatih di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Seramai 104 orang guru pelatih semester akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi dari soal selidik kemahiran generik yang telah dibina oleh SCANS (2001), MohdSattar (2009), Kamarudin (2010), Kemahiran Insaniah (KPTM 2006) dan Rangka Kerja Kualiti Malaysia – MQA (2005). Antara pembolehubah yang dikaji ialah: (i) kemahiran komunikasi, (ii) kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, (iii) kemahiran kerja berpasukan, (iv) pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, (v) kemahiran kepimpinan, (vi) moral dan etika, dan (vii) kemahiran keusahawanan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik guru-guru pelatih adalah berada pada tahap sangat baik. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kemahiran generik dan pencapaian akademik guru pelatih. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran generik dan faktor jantina sebaliknya pula tiada perbezaan yang signifikan antara kemahiran generik dan faktor kaum. Kesimpulannya, kepentingan kerja berpasukan, kesediaan mengambil tanggungjawab dan pembelajaran secara kolaboratif merupakan antara aspek penting untuk pembelajaran yang berkesan dalam konteks ini yang perlu difikirkan oleh tenaga pengajar. Akhir sekali, kajian ini mencadangan beberapa inisiatif yang boleh dilakukan khususnya yang berkaitan dengan kemahiran generik untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Kata kunci: Kemahiran generik, guru pelatih, pencapaian akademik.

  

This study aimed to identify the level of generic skills among trainee teachers at one of the Teacher Education Institutes in Malaysia. A total of 104 trainee teachers of final semester Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) participated in this study. Data were collected using a questionnaire which was adapted from generic skills questionnaire developed by the SCANS (2001), MohdSattar (2009), Kamaruddin (2010), Soft Skills (KPTM 2006) and Malaysian Quality Framework (MQA), (2005). Among the variables studied were the skills of communication, critical thinking and problem solving, teamwork, continuous learning and information management, leadership, moral and ethics, entrepreneurship and self-confidence. Results of the study show the level of generic skills of these trainee teachers is very good. Trainee teachers also exhibit high generic skills particularly the confident, team work, and communication constructs. However the entrepreneurship construct has the opposite score. The results indicate there is a positive relationship between the generic skills and academic achievement. Apart from that, the results also show there is a difference between generic skills and gender but no significant difference with race factors. The importance of teamwork, being given responsibility and collaborative learning emerged as the most important factors for effective learning in the three contexts under consideration. Finally, this paper ends with suggestions and recommendations with respect to further initiatives to enhance the employability of the graduates, especially related to generic skills

Keywords: Generic skills, trainee teachers, academic achievement


Keywords


Education, Teaching and learning

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823