Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah (Knowledge and Green Practices among Primary School Pupils)

HANIFAH MAHAT, MOHMADISA HASHIM, YAZID SALLEH, NASIR NAYAN, SAIYIDATINA BALKHIS NORKHAIDI

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran amalan hijau dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 423 orang murid (berumur 10 hingga 12 tahun) di sepuluh buah sekolah rendah di daerah Batang Padang, Perak. Pemilihan sekolah berdasarkan pensampelan kluster dan pemilihan responden menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Pemboleh ubah amalan hijau yang dikaji adalah pengetahuan amalan hijau dan amalan hijau. Pemboleh ubah pengetahuan terdiri daripada empat sub pemboleh ubah, iaitu pengetahuan penjimatan tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air, pengetahuan menjaga alam sekitar dan pengetahuan amalan recycle, reduce, reuse (3R). Sub pemboleh ubah amalan hijau terdiri daripada amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam sekitar dan amalan 3R. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan amalan hijau murid adalah tinggi. Sebaliknya, tahap pemboleh ubah amalan hijau, bagi keempat-empat sub pemboleh ubah (amalan penjimatan elektrik, amalan penjimatan air, amalan penjagaan alam sekitar dan amalan 3R) adalah berada pada tahap sederhana. Analisis hubungan antara pemboleh ubah kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara pengetahuan penjimatan tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air dan pengetahuan amalan 3R dengan amalan penjimatan tenaga elektrik dan amalan 3R. Hal ini membuktikan tidak semua pengetahuan memberi hubungan terhadap amalan penjimatan. Dapatan kajian ini membimbangkan jika tidak ada usaha penerusan yang konsisten untuk menerapkan kesedaran amalan hijau. Malah pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga turut terlibat memberi contoh teladan amalan hijau yang betul khususnya dalam konteks penjimatan tenaga, penjimatan air dan amalan 3R. 

Kata kunci: Pengetahuan amalan hijau, amalan hijau, kesedaran amalan hijau, murid, sekolah rendah


This study to identify the level of awareness of green practices among children under the age of 12 years. The study involved 423 pupils (aged 10 to 12 years) from ten primary schools in the district of Batang Padang, Perak. The selection of schools by cluster sampling and selection of respondents using simple random sampling method. Questionnaire using Likert scale of 1 to 5 is used for feedback. Green practices variable used in this research are green practices and knowledge of green practices. Variables of green practices knowledge consists of four sub variables which are electricity saving knowledge, water saving knowledge, knowledge of environmental practices and knowledge of practices Recycle, Reduce, Reuse (3R). While the sub variables green practices consist of energy saving practices, water saving practices, environmental practices and 3R practices. The study found that pupils' knowledge of green practices is high. Instead the green practices, four sub variables (electricity saving practices, water saving practices, environmental practices and 3R practices) are at a moderate level. Furthermore, analysis of relationship between the study variables showed a significant relationship between knowledge of energy saving, water saving knowledge and knowledge of 3R practices with electricity-saving practices and the 3R practices. Thus, this proves that not all knowledge have relationship with saving practices. The finding is worrying if there is no continuation of a consistent effort to develop a greater awareness of green practices. Moreover, the school, parents and the community are also involved giving a role model in green practices, particularly in the context of the right energy saving, water saving, and 3R practices.

Keywords: knowledge of green practices, green practices, awareness of green practices, pupils, primary school


Keywords


Education, Teaching and learning

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


The editors and publisher of Jurnal Pendidikan Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pendidikan Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Pendidikan Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.